Pergh gua baru nak hiatus.Ada lak request soh tulis pasal puasa kat Seroja.Gua bukan boleh request-request ni.Terpaksalah gua bagi.Disebabkan otak gua masih lagi dalam keadaan lembab akibat lama tak menulis,gua malas nak tulis panjang-panjang.Gua tulis dalam bentuk point je la.Senang sket lu orang nak baca.Apa yang gua tulis ni semua pengalaman-pengalaman gua berpuasa selama beberapa tahun kat Seroja.Ini apa yang gua ingat dan gua tulis berdasarkan perspektif gua la.Kalau lu orang rasa gua ada tertinggal apa-apa ke,gua termiss moment-moment menarik ke ataupun lu orang nak cerita berdasarkan pengalaman lu orang,gua alu-alukan.Bukan aloo bun.Hakhak.Lu orang boleh tambah kat comment.Tak pun lu orang nak tulis kat blog sendiri boleh jugak.Baru entri berantai poik.
1.Paling nos sekali mestilah buka puasa kat Masjid Bukit Jelutong.Gila lu,first day gua dah shock kaw-kaw punya.Boleh pulak buka puasa Domino's Pizza.Ada jugak la kuih-muih lain.Pastu lepas Maghrib ada makan nasi pulak.Lauk-pauk dia pun boleh tahan gak.Lauk-pauk kampung.Samokh bai.Tu yang AJK Masjid masak.Kalau time hari orang yang sponsor tu upah catering,merasa gak la makan beriyani.Gua tak ingat sangat la bab-bab lauk ni,sebab gua bantai makan je.Kalau lu orang nak tau detail lu orang boleh tanya Mami.Gua syak Mami ingat lauk-pauk ni sebab Mami selalu makan bertambah.Pas makan sembahyang Isyak ngan terawih.Masjid Bukit Jelutong ni buat 20 rakaat,tapi gua ngan ahli-ahli Seroja lain buat 8 rakaat je.Awal-awal ada kot buat 20 rakaat.Tapi lama-lama kitorang dah malas sebab Imam dia baca panjang.Hakhak.Seingat gua awal-awal je kitorang layan moreh kat sini.Gua sempat pekena nasi lemak ngan mee sup time moreh ni.Dah kitorang sembahyang 8 rakaat,apa jadahnya nak tunggu moreh pulak.Baik balik rumah.Paling best,kadang-kadang gua ngan ahli-ahil Seroja lain datang buka puasa je.Lepas sembahyang Maghrib ngan pekena nasi,kitorang semua blah sembahyang terawih kat Surau Seroja.Hakhak.
2.Apahal point no. 1 gua panjang sangat ni.Hakhak.Masjid Bukit Jelutong ni Masjid orang-orang kaya.Gua ingat masa first day terawih kat sini,ada orang perempuan komplen panas.Baru second day je dah ada announcement yang ada orang nak sponsor aircond.Gila tak gila la kan.Lepas tu gua rasa macam sembahyang kat dalam peti ais.Hakhak.
3.Bila cakap pasal Masjid Bukit Jelutong,ahli-ahli Seroja mana yang boleh melupakan kehadiran dan kehebatan Pakcik Legend keluar dari saf dan memecut untuk beratur amik nasi ngan lauk-pauk lepas habis sembahyang Maghrib.Gila lu,macam pelesit!Beberapa percubaan dari Faiz untuk mengalahkan Pakcik Legend ni tak berjaya.Walau belakang mana pun Faiz duduk kat dalam Masjid ni ngan setting selipar kat port baik pun,Pakcik Legend tetap legend.Sentiasa dapat no. 1 dalam perebutan mengambil makanan lepas sembahyang Maghrib.Lepas tu makan ngan anak dia.Eloklah tu Pakcik Legend,lu ajarlah anak lu keluar saf cepat-cepat tak payah baca doa.Gua syak kalau sorok selipar Pakcik Legend ni pun tak jalan jugak.Nama pun legend kan.Apa ada hal?
4.Gua baca blog Hanis Zalikha,so masa terawih kat Masjid Bukit Jelutong ni gua stalk-stalk jugak kan mana la tau terjumpa ngan dia ke.Hakhak.Tapi sepanjang gua ngan ahli-ahli Seroja lain terawih kat Masjid Bukit Jelutong ni,bukan saja Hanis Zalikha gua tak nampak,mak dia model 60 'an makcik Nani Rostam pun gua tak pernah terserempak.Mungkin masa tu skill stalk gua tak sehebat sekarang kot.Hakhak.
5.Pergh gua dah tak ingat dah apa-apa yang menarik lagi pasal berbuka kat Masjid Bukit Jelutong ni.Kalau ada lu orang tambah la sendiri.Hakhak.Gua nak masuk scene bazaar Ramadhan pulak ni.Bazaar Ramadhan Seksyen 13 a.k.a Bazaar Stadium.Samokh sial bazaar ni.Awal-awal puasa kat Seroja gua tak selalu sangat pergi sebab ahli-ahli Seroja takde motor lagi.Kalau pergi pun lepas habis kelas jalan kaki.Pastu kena balik Seroja naik teksi.Gila kopak la hari-hari camtu.Bila ahli-ahli Seroja semua dah ada motor,kerap jugak la kitorang layan Bazaar Stadium ni.Gua macam biasa la pergi ngan tagteam gua Stone anak Pak Berahim empunya kepada syarikat rempah ternama di Malaysia iaitu Brahim's.Siapa percaya ni memang bangeng la.Hakhak.
6.Gua kalau pergi Bazaar Stadium ngan Stone ni memang boleh jadi macam tak puasa.Stone perangai macam setan.Semua awek yang ada kat bazaar dia nak usya.Awek jual caramel,adik-beradik dua orang jual air tembikai.Gila apa jual air tembikai je takde air lain,tapi laku nak mampos air tembikai diorang.Anak pakcik tabligh jual kek,awek jual nasi kerabu,awek jual nasi ayam.Hakhak.Gua setakat tengok-tengok je Stone melaksanakan job dia.
7.Macam-macam gerai ada kat Bazaar Stadium ni.Macam-macam jenis makanan ada.Paling ramai sekali orang beratur dekat kedai jual roti John.Gua pernah jugak makan roti John ni.Takdelah sedap mana pun.Biasa-biasa je rasa dia.Kedai famous lain macam kedai jual kebab yang cucuk-cucuk tu.Pernah sekali gua nak beli kebab ni ngan Stone tengok-tengok Farid Kamil tengah order dari belakang.Bapak Lagenda Budak Setannya.Hakhak.Lain-lain gerai gua tak ingat sangat.Tapi ada Popiah SS Ali gak.Hakhak.
8.Tahun-tahun last puasa kat Seroja,baru gua ngan ahli-ahli Seroja lain terpikir nak buat mende ni.Best jugak.Kalau gua tau awal-awal lagi gua dah buat camni.Kitorang pergi bazaar dekat-dekat nak berbuka.Bila dah dekat nak berbuka ni semua makanan jadi murah.Seingat gua pergi ramai-ramai,pastu berpecah.Semua tawar-menawar nak dapat harga murah.Air jangan katalah.Semua free kot.Paling best gua dapat karipap free.Hakhak.Pastu buka puasa kat bazaar tu ramai-ramai.
9.Buffet McD time first year puasa kat Seroja.Second time gua takde sebab gaduh ngan Stone.Stone la babi siapa suruh gaduh ngan gua.Hakhak.Tapi gua rasa yang first time ni lagi best sebab banyak gila makan.Takde limit.Burger boleh seludup keluar.Masa ni kitorang makan kat McD Central Market.Tak silap gua ada gua,Stone,Mami,Farid,member gua Hafizul.Barb gua tak ingat ada ke tak.Hakhak.Time ni masing-masing nak balik kampung cuti raya.Makan macam orang gila.Seperti biasa la Mami mesti champion dalam bab buffet-buffet ni.Puasa tahun-tahun lepas tu ada gak ahli-ahli Seroja lain pergi makan buffet tapi gua tak berapa into sangat dah.Gua banyak menyendiri mencari diri gua yang hilang.Hakhak.Lu orang tambah la sendiri pergi buffet mana.Gua tak tau.
10.Dah la.Gua malas nak tulis dah.Pukul 12 dah ni.Tak bangun sahur gua nanti.Lu orang tambah la wei.Gua tau banyak lagi mende-mende nos masa puasa kat Seroja tapi gua tak dapat recall balik ni.Otak dah jem.Bukan Kak Jem.Hakhak.Kalau ahli-ahli Seroja wanita nak tambah pun bolle.Dah-dah gua nak tidur ni.Chow.