Friday, December 31, 2010

Magic Moment

Thursday, December 30, 2010

MIA = My Incik Atok

Sempena ngan tahun baru ni gua ada satu je azam.Tak perlu banyak-banyak kot.Satu dah cukup bagi gua.Gua nak basuh bilik air gua.Sampai bersih.Tu azam gua kali ni.


p/s:Baru-baru ni gua jumpa dua blog best.Pertama adalah Teh Tarik Gelas Besar,milik saudara Nami.Memang terbaik la blog ni.Sejak gua baca blog ni gua rasa nak memberontak je.Tulisan dia memang menarik,buat kita banyak berfikir.Satu lagi adalah Maria Elena is Greek Helen.Gua pun tak tau camne gua boleh jumpa blog ni.Blog awek-awek lak tu.Tapi gua rasa blog ni menarik jugak.Sama naik ngan blog Hanis Zalikha.Mungkin sama naik jugak ngan blog jejariruncing.Hakhak.

Monday, December 27, 2010

Malaysia 3 - Indonesia 0

"Cinta yang agung adalah cinta yang gagal" - Hishamuddin Rais


p/s:Gua nak pergi main bola ni.Semangat Safee Sali dah meresap dalam badan gua.Skali gua tengok Barb macam Bambang Pamungkas pun ada.Patut la Barb asyik sebut Bepe je.Hakhak.

Sunday, December 26, 2010

Teori Rantai,Dinding,Kelompok & Kepompong

Setelah berdebat selama lima jam ngan prof. perempuan mana tah,gua ngan beliau masih tak dapat konklusi untuk teori-teori ni semua.Lu orang pikir la sendiri.Malas gua nak explain.Baik gua study lagi bagus.


p/s:Kali ni p/s gua dalam bentuk puisi lak.Hakhak

tapi yang ni memang legend gila
baru tadi buat aku tak lena
"kau nak menempel je keje" itu katanya
nak melenting buat apa
ada saksi, ada mata.

Thursday, December 23, 2010

In the Name of Love


Chiah!!!Tajuk entri nak gempak.Gambar kat atas ni adalah gambar adik gua.Nama adik gua Amirah Bte Mohd Alias.Tarikh lahir dia sumpah gua tak ingat.Nantilah gua kaw tim ngan dia balik.Ni entri pasal dia.Gua nak ucapkan tahniah kat dia sebab dapat 8A dalam PMR.Sama macam gua.Yelah,dah adik gua kan.Mestilah hebat macam gua.Tapi ada beza sket la.Gua punya 8A dulu memang solid 8A.Tapi adik gua dapat 8A1B.Sejarah dia dapat B.Ada dapat B sejarah.Bahasa Arab dapat A pulak.Takpelah,boleh gua belajar Bahasa Arab ngan dia.Baru Ayat-Ayat Cinta poik.Kepada adik gua,nanti gua bagi lu hadiah sket.Pergh!!!blagak ala-ala abang sweet pulak gua kali ni.Lepas ni gua harap lu lebih mengutamakan akademik,membelakangkan lelaki.Jangan jadi macam gua.Kalau gua mengutamakan akademik,membelakangkan wanita.Lu apa kes pulak nak membelakangkan wanita.


p/s:Cantik kan adik gua.Tapi sorry la adik gua takde Facebook.Sama macam gua.Tapi gua pelik ni camne adik gua yang bongsu boleh ada Facebook pulak.Siapa yang ajar dia ni?

Tuesday, December 21, 2010

Sungai Lui Official Video Clip

 


Lagu yang gua rasa feel gila babi nyanyi masa mandi.Masa air jatuh kat kepala je gua start nyanyi.Lu orang tak percaya tanye Efi,budak yang bilik dia bawah dua tingkat dari bilik gua.Tiap-tiap hari dia dengar gua nyanyi lagu ni masa gua mandi.Kadang-kadang dia sendiri request lagu ni kat gua.Dia cakap gua nyanyi sedap.Gua pun takkan la nak tolak kan.


p/s:"Cacat" adalah word yang gua selalu je dengar semenjak dua menjak ni.Cacat!Hakhak.

Saturday, December 18, 2010

Kehidupan

Gua rasa life gua skang ni sama macam dalam cerita Mexico Y Tu Mama Thambien,kalau versi yang Indon tiru tajuk cerita ni jadi Realiti Cinta dan Rock & Roll.Entah la,gua nak tulis blog pun dah malas skang.Rasa menyesal pun ada buat blog ni.Lagipun gua nak final exam dah.Nak tulis panjang-panjang pun rasa macam buang masa je.Masa gua banyak gua habiskan dengan Patho,Microbe,Pharmaco ngan Forensic.Penat study gua tengok movie.Rasanya dah berlambak movie gua tengok skang.Ada yang superb,ada yang merepek.Petang-petang pulak gua pergi main bola.Gua rasa dah lama gua tak keluar.Maksud gua keluar pergi berjimba la.Pergi MG Road ke,pergi Mantri ke.Gua harap gua dapat lepas second year ni ngan jayanya.Sama jugak untuk kawan-kawan satu batch gua yang lain.Gua doa lu orang semua berjaya.Sekian,terima kasih.




p/s:Ada satu petang ni,gua tengah buka puasa ngan Bazroy kat Dam,tiba-tiba poket seluar gua bergetar.Ada message masuk,"X pergi jogging ke dis evening?".Gua makan laju-laju.Sudah makan gua tinggal Bazroy.Gua jogging balik rumah.Hakhak.

Thursday, December 16, 2010

American History X



Baju cuma baju,
Aku tetap aku.




p/s:Tiba-tiba gua rasa nak jadi ganas cam Edward Norton dalam American History X.Tapi gua tengok muka Edward Furlong dalam cerita ni ada iras-iras Javier "Chicarito" Hernandez la pulak.Hakhak

Tuesday, December 14, 2010

Hantu Kak Semah Balik Rumah

"Entah-entah ko ni bukan Semah tak?"

 Zaaasssss!Gua ngan Semah lari laju nak mati keluar balik dari B308 yang gelap takde orang tu.


Ni versi yang berseni sket orang kata.
Hantu Kak Semah

p/s:Semah gua rasa hantu tu ikut lu la,tapi malam tadi gua pulak yang jadi mangsa.Tindih gua lima jam sial tak boleh bangun.Gua bangun penat gila terus bantai nasik lauk sardin ngan telur dua pinggan.Hakhak

Monday, December 13, 2010

"Aku anti sosial" - Maharaja Sakoki

Aku lihat dia dari jauh.Dia tidak perasan aku memandangnya.Jarak antara kami seperti dipisahkan oleh jalan dua hala.Dia sibuk dengan kerja-kerja wanitanya.Aku nekad kali ini.Aku mahu masuk ke dalam hatinya,mahu tahu apa isi hatinya.Mengapa hatinya keras seperti batu?Lalu aku telan pil pengecil dan memakai buluh terbang di kepalaku.

Aku terbang masuk ke dalam lubang hidungnya.Gelap,bagai dalam hutan simpan yang penuh dengan lapisan pokok.Aku pantas mencari jalan menuju ke hatinya.Tempat yang memang diidam-idamkan oleh aku untuk bertakhta di situ.Dari jauh aku nampak hatinya begitu cantik sekali.Seperti sebiji bola kristal yang terang memancarkan refleksi cahaya.Silau mataku dek penangan cahaya itu.Aku mengeluarkan Rayban dari poketku lalu memakainya.

Namun kehadiran aku disedari oleh naga berkepala tiga yang tiba-tiba keluar dari dalam perutnya.Naga tersebut cuba menerkam aku.Berbekalkan ilmu silat  di dada,aku mengelak terkaman naga itu.Aku mengeluarkan pedang pusaka arc saber 10 lalu  bertarung dengan naga tersebut.Tujuh hari tujuh malam kami bertarung sebelum aku berjaya mencantas ketiga-tiga kepalanya yang jijik itu.

Tiada halangan lagi kini,aku akan masuk ke dalam hatinya.Jika ada perkara yang boleh aku ubah,akan aku ubah supaya aku dapat bertakhta dalam hatinya.Aku buka tombol pintu hatinya.Pintu hatinya juga cantik,penuh dengan ukiran bermotifkan dedaunan.Aku melangkah dengan penuh hati-hati.Mana tahu jika ada perangkap yang dia pasang untuk menjaga hatinya dari dicerobohi oleh aku.

Kosong.Aku tidak menjumpai apa-apa dalam hatinya kecuali ruang putih yang kosong.Aku buntu.Tiba-tiba aku perasan ada satu bilik kecil di suatu sudut dalam hatinya.Aku masuk ke dalam bilik itu.Di dalam bilik itu aku lihat dia duduk di atas kerusi sambil menonton tv.Dan aku terkejut apabila dia menonton rancangan Teletubbies berulang-ulang kali.Celaka!  

p/s:Gua ingat nak jadi cam lu la Sakok.Hakhak

Wednesday, December 8, 2010

Komuniti Fucktard

Atas arahan founder,gua selaku AJK kreatif komuniti terpaksalah meletakkan puisi komuniti di blog gua ni.


Komuniti ini wujud dengan sendiri,
Tanpa banyak komunikasi,
Ia makin teguh berdiri,
Mungkin kerana provokasi,
Provokasi sesama ahli,
Yang rakus merosakkan situasi,
Supaya boleh berperang lagi,
Supaya boleh terus berkelahi,
Tanpa perlu mendedahkan identiti,
Semuanya dirancang sembunyi,
Pada siang,malam atau dinihari,
Yang pasti membawa pada caci-maki,
Caci-maki sesama ahli,
Makin bernanah dari sehari ke sehari,
Makin retak perisai komuniti,
Semuanya gara-gara perangai ahli,
Yang tak ubah seperti babi,
Tak pernah berpuas hati,
Melihat ahli lain lebih tinggi,
Mulalah sibuk memerli,
Cucuk sana cucuk sini,
Siram benih hasad dengki,
Tabur baja iri hati,
Tumbuhlah bunga benci,
Dari dahulu hingga kini,
Semuanya dalam Fucktard Komuniti


p/s:Ke Manipal kite?Hakhak.

Tuesday, December 7, 2010

Aku

"Aku ini binatang jalang,dari kumpulannya terbuang"


Dipetik dari puisi Aku - Chairil Anwar

Siri Bercakap dengan Limbo

Gua:Wei Limbo,dalam lu ada kosong lagi tak?Gua ingat nak lepak dalam lu balik la...
 
Limbo:Adoyaii,muka lu lagi.Muka lu je gua ingat dah lima kali dah lepak dalam gua ni.Bagi  can la kat budak-budak lain.Gua pun naik bosan dah tengok muka lu.
 
Gua:Apa hal lu strict sangat ni?Selalu tu lu yang ajak gua lepak dalam lu.Lu cakap kalau lepak  dalam lu tak payah pergi kelas.Boleh lepak Bashir pagi-pagi.Apa hal pulak tak bagi kali ni?
 
Limbo:Gua bukan apa bro,skang ni dah masuk 1432 Hijrah.Lu asal ada masalah je nak masuk lepak dalam gua,asal down je cari gua.Berubah lah.Gua bukan boleh selesaikan masalah lu.Lu sendiri yang kena settlekan problem lu.Gua memang suka hasut orang lepak dalam gua.Tapi lu ni dah kronik sangat dah.Lu kena berubah bro.

Gua:Ahhhh,lu tak payah nak ber"bro-bro" ngan gua.Tah bila masa gua jadi abang lu tah.Skang ni lu jangan banyak bunyi.Lu nak bagi gua lepak dalam lu ke tak?
 
Limbo:Adoii,susah betul la cakap ngan orang degil ni.Lu kalau lepak dalam gua bukan reti kejap-kejap.Mesti nak lama-lama.Habis nanti exam lu camne?Final exam tu poik.Sanggup lu nak kecewakan mak bapak lu?Lu tak kesian ke ngan diorang?Gua tak boleh betul kalau pikir pasal mak bapak ni.Boleh menangis gua.
 
Gua terkedu dengar jawapan Limbo.Serta-merta terbayang muka mak bapak gua dalam kepala otak gua yang serabut ni.Last-last gua kaw tim ngan Limbo nak lepak dalam dia lepas gua habis final exam nanti.Gua dah booking Limbo untuk satu jangka masa yang panjang.Gua nak bercuti dalam Limbo.Mana pernah orang buat lagi poik.Limbolah kita nanti.Hakhak

Monday, December 6, 2010

Blog Kucing

Sempena dengan tahun baru Islam kali ni,gua berazam nak jadi bapa yang baik kepada tOmiO jr.Macam Ammal.Hakhak.Nah,amik ni tOmiO jr.Gua dedahkan siapa sebenarnya tOmiO jr. pada lu orang semua.Amik la,nak sangat kan.

Tidur macam gua

Ganas macam gua
Mengutamakan akademik,membelakangkan wanita


p/s:Gua nak tanya lu orang,blog gua macam blog awek-awek tak skang?Sebenarnya gua bapak angkat tOmiO jr. je.Mak bapak dia lu orang cari la sendiri.Hakhak

Sunday, December 5, 2010

Botol Coke Melayang

Zaman Pasca Seroja,10.18 malam

Masa ni gua ngan ahli-ahli Seroja yang lain baru je berkenalan antara satu sama lain.Kira tak rapat macam sekarang la.Kalau bergurau pun sket-sket je,tak sampai tahap bergurau kasar lagi.Aktiviti pun tak banyak yang kitorang buat.Bosan gila time ni.Rumah takde internet,motor pun takde lagi nak bergerak ke mana-mana.Malam-malam kalau tak tengok tv,mesti main terup.Kalau tak main terup,mesti turun bawah lepak kat court basket usya awek lalu-lalang.Tak pun pergi CC sebelah kedai uncle stalk Friendster awek-awek.Apa hal pulak nak stalk Friendster lelaki.Gua pun takde Friendster lagi masa ni.So,time budak-budak tengah stalk Friendster awek-awek,gua tumpang la sekaki.

Disebabkan kebosanan tahap melampau ni,pada suatu hari seingat gua dalam bulan lapan camtu gua,Atok,Stone,Mami ngan Barb amik keputusan nak pergi tengok first match  Pesta Bola Merdeka Malaysia lawan Indon kat Stadium Shah Alam.Tiket kitorang beli masa habis kelas  tengahari tu.Balik Seroja dulu tukar baju apa semua.Baik punya planning,kitorang semua gerak pukul 6.30 petang tu naik bas last skali pergi kolej yang dipandu oleh Slash.Atok yang bagi nickname tu pada dia.Gua pun tak tau kenapa Atok panggil dia Slash.Gua  belasah jela panggil dia Slash.

Kitorang turun depan Giant,lepak-lepak jap dalam Giant sambil tunggu waktu Maghrib.Usai sembahyang,kitorang pun bergerak ke stadium.Masa ni dah ramai dah mat-mat Indon kat perkarangan stadium.Orang kita pun boleh tahan jugak ramai.Kitorang masuk stadium cari port baik punya.Bagi sedap sket nak tengok game.Masa ni gua rasa dah start dah provokasi baik dari penyokong Malaysia mahupun penyokong Indon.Ayat-ayat seperti "pukimak Indon","Indon babi" pantas menyelinap masuk ke gegendang telinga Stone yang masih suci pada waktu ni.Atok gua syak dah biasa dah ngan ayat-ayat camtu.Penyokong Indon pun  sama naik dia punya provokasi.

Game pun bermula.Seingat gua time ni coach Malaysia ialah Abdul Rahman Ibrahim ataupun lebih dikenali dengan nama jolokan "Rahman Dagu" kerana dagu beliau yang panjang meruncing ke depan.Player pulak gua tak ingat sangat.Malaysia main macam biasa.Bajet cun tapi takdela cun mana.Gua tak tengok game sangat pun.Lebih kepada memerhati keadaan dalam stadium.Usya-usya awek orang,bini orang,mak orang.Budak-budak lain gua tak pasti buat apa.Game boleh tahan bosan.Apa yang lu orang expect kan.Malaysia lawan Indon je pun.Penyokong semakin gila dengan provokasi.Silap-silap boleh bawak gaduh ni pikir gua dalam hati.

Maki sana,maki sini,maki referee,baling botol air,baling plastik air berleluasa masa ni.Kadang-kadang mercun berbunyi.Tiba-tiba je "Golllll!!!".Malaysia score.Gua tak ingat pulak siapa score.Penyokong Malaysia menggila.Mat-mat Indon senyap kejap.Masa ni provokasi di tahap tertinggi gua rasa.Kerusi dah tercabut melayang seperti layang-layang terputus tali.Nasib baik tak kena kepala gua.Tak lama lepas tu half time.Gua suruh Atok pergi beli jajan ngan air.Malas gua nak kuar ngan orang bersesak-sesak macam ni.Atok akur menurut perintah gua.

Atok balik ke seat ngan muka happy semacam.Gua syak ada mende tak kena ni.Atok bawak dua botol besar air ngan jajan.Budak-budak dapat air gelojoh macam babi.Habis terus sebotol masa tu.Tinggal lagi sebotol.Second half pun bermula.Ah malas gua nak cerita pasal game,bukan best pun.Provokasi berjalan lancar,baling-membaling botol macam haram antara kedua-dua penyokong.Tak lama lepas tu Indon dapat gol penyamaan.Masa tengah riuh ni la Atok pecah rahsia kat gua."Sebenarnya air yang sebotol lagi ni gua tak bayar,hakhak,"babi punya Atok boleh pulak dia gelak.Gua dah cakap perangai Atok masa ni suka makan minum tak bayar.

Gua cakap kat Atok kalau tak bayar gua taknak minum.Budak-budak lain pun dah tau yang air tu tak bayar.Semua pakat taknak minum.Ngan Atok skali tak minum.Malu agaknya ngan perangai dia sendiri.Tak tau la gua kalau dia curi-curi minum sket kan.Tak lama lepas tu ada kecoh-kecoh kat tengah padang.Bergaduh ke apa gua dah tak ingat dah.Masa ni banyak la gua tengok botol-botol ngan plastik air melayang.Tiba-tiba gua nampak satu botol air Coke yang penuh  lagi terbang melayang jatuh betul-betul dekat trek tapi tak sampai la dalam padang.Berat kot air penuh lagi.Gua ngan budak-budak pandang Atok.Atok tersengih muka macam celaka.

p/s:Balik tu kitorang semua balik jalan kaki setengah jalan sampai TTDI Jaya.Penat macam sial.Semua saving macam babi taknak kuar duit naik teksi sambil cabar-mencabar.Siapa yang bagi cadangan naik teksi kena gelak.Kononnya goyang.Last-last berhimpit naik teksi ngan driver teksi ngan bini dia.Hakhak

tOmiO jr.

Kepada follower dan pembaca blog Sofa Merah dan Ganja,gua ada sesuatu nak bagitau lu orang.Nantikan kemunculan tOmiO jr. di blog gua ni.Masa tu blog ni akan jadi macam blog awek-awek.Hakhak.

Saturday, December 4, 2010

Kapal Kertas

Waktu kau hadir dulu,
Masa seakan kaku,
Jadi batu,
Bertugu,
Buat aku berhenti berlari,
Hidup seolah mimpi,
Seolah puisi,
Yang indah tampak samar di balik jendela teka-teki tuhan,
Tapi aku ini pelarian,
Yang harus berlari lagi,
Kerana jawapan tidak datang mencari,
Aku yang selalu kabur tentang realiti,
Tentang hati,
Namun walau sejauh mana pun aku berlari,
Suatu hari nanti aku pasti akan berhenti,
Di satu perhentian,
Di penghujung jalan,
Agar nanti dapat bersatu lagi,
Pada pengabdian terakhir ku di sana,
Agak nanti dapat menyembuh lagi,
Selembar keresahan hati,
Yang sanggahi keinginanku untuk kembali

Puisi kat atas ni gua amik dari short film Papership yang ditulis dan diarah oleh salah seorang hero gua iaitu Miss Fazleena Hishamuddin.Gua cuba jugak cari siapa penulis dia tapi takde tulis.So kredit gua berikan pada Miss Fazleena.Kalau lu orang nak tengok Papership,click la link ni,Papership part 1Papership part 2, Papership part 3.

Friday, December 3, 2010

Lari,lari dan lari

Zaman Pasca Seroja,5.30 petang

Seingat gua la,zaman ni gua ngan Stone baru je berjinak-jinak dalam scene jogging pusing Seroja.Gua bukan into sangat nak jogging-jogging ni.Macam awek-awek je gua rasa.Gua setakat main bola tu boleh la.Tapi gua kesian kat Stone.Hari-hari ajak gua teman.Stone la beriya-iya sangat nak kurus.Malu kena kutuk dengan kawan la,tak macho la.Tu antara reason yang Stone bagi nak pujuk gua supaya gua teman dia jogging.

Maka,pada satu hari ni kitorang pun decide la nak start jogging.Gua memang takde pengalaman jogging langsung.Dah berapa tahun tak berlari.Seingat gua la last skali gua lari masa rentas desa sekolah menengah dulu.Tu pun gua tak berlari.Gua jalan je sepanjang trek.Siap bertanding ngan member gua siapa yang dapat last.Sampai-sampai garisan penamat kena maki dengan cikgu.Stone dah pernah jogging masa mula-mula masuk Seroja.Tapi gua tak ingat kenapa tah dia stop.Busy ngan awek gamaknya.So,dia macam nak start balik la ni.

Gua ngan Stone memulakan larian betul-betul depan bus stand tempat budak-budak kolej tunggu bas.Trek jogging Seroja ni kalau mengikut kata Stone ada la dalam 1 kilometer lebih.Gua kesah apa.Gua lari je,bukan kesah pun jarak-jarak ni semua.Kitorang start ngan larian perlahan.Kasi feel dulu beb.Sambil tu borak-borak la sket.Gua ngan Stone bukannya ada iPod ke,mp4,mp3,discman,walkman semua nak dengar.Ingat kitorang awek-awek ke jogging sambil dengar lagu.

Baru lari sket gua dah rasa pancit.Stone gua tengok macam maintain je.Gua rasa sebelum sampai corner MMZ tu kitorang jumpa satu pasangan tua tengah berjalan.Amik angin petang agaknya.Muka pakcik tu macam takde perasaan,jalan melulu je bawak tongkat.Muka makcik tu pulak masam macam cuka.Gua pandang Stone.Tak sempat cakap apa lagi Stone dah kutuk kaw-kaw punya.Start hari tu pasangan pakcik ngan makcik tu la yang gua ngan Stone jumpa tiap-tiap hari masa jogging dan ekspresi muka diorang tak pernah berubah.

Sebagai permulaan jogging,gua ngan Stone nak try buat dua round hari tu.Sampai je dekat simpang perumahan orang kaya-kaya sebelah Seroja tu ada sorang makcik ni jogging jugak.Macam gua cakap tadi,kalau dah awek jogging mesti dengar lagu punya.Gua syak makcik ni dari perumahan tu.Takdelah makcik sangat,dalam 30 lebih kot umur dia.Gua ngan Stone follow dari belakang.Masa tu jarak kitorang ngan makcik tu dekat je.Makcik tu baru start kot.Gua tak bajet la dia terus sprint.Skali gua tengok selamba je dia sprint.

Gua pandang Stone."Kejarlah Stone,makcik-makcik je kot,"gua bagi Stone spirit sket."Gua takde hal,"Stone balas berlagak.Stone memang berlagak pun.Kitorang pun sprint jugak nak  try kejar makcik tu.Gua dari first round lagi memang dah pancit.Stone gua tengok boleh pergi lagi.Tapi makin kitorang kejar,makcik tu makin laju.Gua cuba maintain kan larian gua.Tapi gua rasa gua makin slow.Stone dah depan dari gua.Makcik tu lagi la depan.Last-last gua ngan Stone give up.Makcik tu kitorang biarkan terlepas.

Panas je dalam hati gua ngan Stone.Yelah,makcik-makcik pun tak boleh nak makan.Start dari hari tu gua berazam nak jogging tiap-tiap hari supaya dapat bersaing ngan makcik tu nanti.Gua ngan Stone meneruskan rutin jogging kitorang tiap-tiap hari tanpa ada rasa menyesal.Kalau ada hal besar macam tengok wayang ke,kuar ngan awek ke baru la tak jogging.Sepanjang gua ngan Stone dalam scene jogging ni,lama-lama kitorang dah boleh bersaing ngan makcik tu.Takdelah kena tinggal.Kadang-kadang gua ngan Stone lak yang tinggal dia.Tapi tu belum gua cerita pasal pakcik legend lagi.Ni legend jogging bai.Bukan legend makan kat Masjid Bukit Jelutong masa bulan puasa.Hakhak.



p/s:Skang ni gua dah start jogging balik.Tapi gua jogging sorang-sorang jela skang.Stone dah masuk scene gym pulak.Gua cabar lu Stone jogging ngan gua skang.Kita tengok siapa lagi power.Maun?

Thursday, December 2, 2010

Hapus Aku - Tribute to Mami


Disebabkan esok gua ada test patho,gua tak dapat nak tulis entri yang panjang-panjang malam ni.So,gua bagi lagu "nos" satu untuk lu orang.

p/s:Kalau lu orang rasa nak nyanyi lagu ni,bila masuk baris kedua "dan kita kan bicara,dengar hatiku",masa perkataan "kita" tu tekan sket ngan suara halus macam yang Giring buat.Barulah feel.Skali gua tengok rambut Giring ni macam rambut Mami pun ada.Hakhak.

Wednesday, December 1, 2010

Janji

Gua janji ngan lu orang semua,kalau markah test Patho lu orang semua teruk untuk test Jumaat ni,gua sanggup ubah background image blog gua.Gua buang gambar patung Buddha kat belah kiri ni.Baru la lu orang tak lupa apa yang lu orang study.Camne nak ingat asyik tengok patung Buddha je.Betul tak?Hakhak.

p/s:Gua rasa gua fail ni.Celaka punya patung.

Tuesday, November 30, 2010

El Traductor - Tempat Jatuh Lagikan Dikenang

Peringatan:Ini adalah entri serius.Dah lama gua tak menulis dengan serius macam ni.

El Clasico adalah nama jolokan perlawanan bolasepak antara Barcelona dah Real Madrid,2 kelab gergasi La Liga.Ia sebenarnya bukan sahaja perlawanan bolasepak,tetapi juga mengenai perbezaan geografi,politik dan budaya antara dua kawasan.Awal pagi tadi sekali lagi El Clasico berlangsung.Real berkunjung ke gelanggang keramat Barcelona di Nou Camp dengan misi memenangi El Clasico buat kali pertama dalam tempoh dua musim.Kali ini Real tampil dengan wajah baru dikepalai jurulatih baru Jose "The Special One" Mourinho.Mourinho pada musim lepas pernah menyekat perjalanan Barcelona di separuh akhir Champions League bersama Inter Milan.Justeru,harapan tinggi diletakkan di bahu Mourinho oleh penyokong-penyokong Real kali ini.

Perlawanan dimulakan,Barcelona turun dengan kesebelasan terbaik.Real pula terpaksa menggantikan Higuain dengan Benzema kerana Higuain tidak melepasi ujian kecergasan.Barcelona bermain seperti biasa.Passing game yang cukup flow dan posesi di setiap sudut padang sambil sesekali membuka ruang dan mencipta peluang.Minit ke 10,through ball Iniesta dari sebelah kiri padang disudahkan dengan tendangan lambung oleh Xavi melepasi kepala Casillas walaupun bola tertampan kaki Marcelo untuk gol pertama Barca.Barca terus menguasai permainan untuk minit-minit seterusnya.

Jentera tengah Barcelona berfungsi dengan baik sekali.Gandingan Iniesta dan Xavi ibarat Kid dan Din dalam kumpulan Search manakala Messi pula ibarat Amy.Minit ke 18,sekali lagi dari sebelah kiri,kali ini Villa menggelecek Sergio Ramos dan melakukan hantaran ke tengah sebelum disambar Pedro untuk gol kedua Barca.Minit ke 31,berlaku kekecohan apabila Christiano Ronaldo menempis tangan Pep Guardiola yang tidak memberikan bola  untuk lontaran ke dalam kepadanya.Dia dilayangkan kad kuning.Begitu juga dengan Victor Valdes yang cuba mempertahankan Guardiola.Separuh masa pertama berakhir dengan 2-0 memihak Barcelona.

Separuh masa kedua dimulakan.Barca tidak mengendurkan asakan sebaliknya lebih mendominasi permainan.Mourinho cuba membetulkan keadaan dengan memasukkan Lassana Diarra menggantikan Mesut Ozil yang mungkin tidak berfungsi dengan baik.Namun keadaan  nampaknya tidak berubah.Gandingan "Kid" dan "Din" di bahagian tengah semakin berleluasa seumpama ketika mereka bermain di pentas konsert Search."Amy" pula terus menyalurkan vokal high pitchnya kepada microphone.Microphone yang dimaksudkan di sini bolehlah diberikan kepada David Villa.Dua assist Messi kepada Villa pada minit ke 54 dan 57 untuk dua gol pantas boleh juga diibaratkan seperti ketika "Amy" menyanyikan lagu Fantasia Bulan Madu dan Fenomena dan microphone iaitu Villa menyampaikannya kepada penonton iaitu penyokong Barca di Nou Camp.Cukup sempurna.

Real mencuba yang termampu namun semuanya tidak menjadi buat anak-anak buah "The Special One".Pujian harus diberikan kepada kekebalan back four Barca menyerap serangan Real.Sehinggalah pada minit ke 90,pemain 22 tahun yang berasal dari Venezuela Jeffren Suarez menambah derita Real dengan gol ke lima Barcelona.Bak kata budak rumah gua Uze,"Derita itu indah."Ketika permainan hampir tamat,Sergio Ramos pula dilayangkan kad merah atas kesalahan menolak muka rakan senegaranya dalam pasukan Sepanyol iaitu Puyol.Sekali lagi kekecohan berlaku namun pengadil dapat mengawal keadaan dengan baik sehingga membawa kepada berakhirnya El Clasico kali ini.

Jose "The Special One" Mourinho gagal dalam percubaan pertama beliau untuk memenangi El Clasico bagi Real Madrid.Namun pada sidang media selepas perlawanan beliau menyatakan bahawa Real tidak dimalukan,sebaliknya mengakui pasukannya bermain buruk.Pasukan yang bermain baik lebih layak untuk menang.Maka berakhirlah ulasan El Clasico gua yang sangat serius ni.Gua pun tak tau kenapa gua tulis serius sangat.Kepada Mourinho gua cuma nak cakap macam ni.Tempat jatuh lagikan dikenang.Hakhak.

Kid dan Din
Amy
Microphone
p/s:Sebenarnya malam tadi pukul 11.30 gua dah terbongkang tido atas sofa gua.Bangun pagi gua tengok hp Barb message tanya bola pukul berapa.Gua tengok screen laptop pulak ada ym Atok tanya tengok bola kat mana.Hakhak.Sorryla geng,gua tengok bola dalam mimpi la.Ulasan kat atas ni pun gua buat lepas tengok highlight ngan baca-baca sket kat soccernet.



Sunday, November 28, 2010

Ashtray Syaitan

Berbatang - batang rokok menemani kesejukan mencengkam sumsum tulang kedua belah kaki,
Ketika aku menanti dan terus menanti dia keluar memunculkan diri,

Sunyi,sepi.....

Berbaring,berpusing,terlena,terjaga,berdiri dan berlari aku sendiri,
Ketika gelap malam yang pekat hampir-hampir ditelan fajar dinihari,

Akhirnya aku kecewa lagi,
Pulang dengan hati yang mati.


p/s:Lu orang pernah tengok ashtray syaitan?Kalau nak tengok datang la rumah gua...hakhak



Mamak Malik Zainal

Zaman Pasca Seroja,1.37 pagi

"Wei setan,jom MMZ.Gua lapar ni,"jerit Atok pada gua.Atok memang camtu.Cakap jenis nak menengking.Dasar tak reti cakap baik-baik.Gua tengah buat apa tah masa tu.Tapi yang gua tau gua memang tengah lapar.Pagi-pagi camni memang lapar.Seingat gua masa tu dapur pun takde lagi kat umah gua.Makan kedai je hari-hari.Kalau dah ada dapur pun gua rasa zaman tu memang zaman malas masak.Skill masak gua pun tak mantap macam skang lagi.

"Jom,gua pun lapar gak,tapi gua takde duit ni,"balas gua pada Atok.

"Takpe,gua payung lu,gua ada duit la,duit bukan isu skang,"Atok balas dalam nada berlagak.

"Cantik,"gua beri ayat firm tanda setuju.

Gua ngan Atok pun memulakan perjalanan ke MMZ.MMZ nilah mamak yang paling dekat skali ngan rumah gua time tu,Apartment Seroja.Kinky sial nama Apartment Seroja.Sumpah sampai skang pun gua tak tau apa nama panjang MMZ ni.Kalau ikut budak rumah gua Pami Wo MMZ ni maksud dia Mamak Malik Zainal.Gua tak pasti la betul ke tak kan.Malas gua nak tanya lebih-lebih.Yang gua tau kalau gua rasa lapar gua pergi MMZ sebab paling dekat ngan rumah gua.Malas nak jalan jauh-jauh.Lagipun masa tu masing-masing mana ada motor lagi.


Dalam perjalanan tu gua berborak ngan Atok.Tapi gua tak ingat dah  borak pasal apa.Yang pasti bukan pasal benda-benda serius la.Gua rasa berat kepada borak pasal awek dalam kelas kot.Awek ni cantik,awek ni hot,awek ni muka macam reban.Abes takkan gua nak borak pasal laki pulak.Gua bukannya gay.Atok gua tak pasti.Sampai-sampai kat MMZ je gua ngan Atok amik satu table.Datang sorang maple ni amik order.Lepas je order air,gua ngan Atok pun serang nasi campur.


Masa ni gua tengok Atok amik banyak gila lauk."Lapar betul Atok ni,"pikir gua dalam hati.Gua amik lauk ala kadar je.Yelah,masa ni gua baru kenal Atok.Segan la gua nak amik lauk banyak-banyak,dah la Atok yang payung gua.Gua makan tak tengok keliling dah.Gua rasa ramai jugak orang masa tu.MMZ ni pakai pelaris gua syak.Setiap masa ramai orang.Nak kata makanan dia sedap tak jugak.Sama je macam mamak lain.Habis je gua makan,Atok on rokok.Sampai separuh Atok hisap rokok,dia bisik pada gua.

"Wei,jom blah,gua takde duit ni,cepat la sebelum orang perasan."

Gua nampak Atok bangun dari kerusi,gua pun follow dengan tenang.Buat macam biasa,macam takde pape.Dalam otak gua dah nampak dah dengan orang camne gua nak hidup sepanjang 3 tahun ni."Celaka Atok,takde duit buat macam takde duit,"gua sumpah seranah Atok dalam hati.Balik tu sepanjang jalan gua maki Atok.Atok gelak macam babi.


p/s:Esoknya gua drag Atok pergi MMZ balik,makan pastu bayar double skali ngan makanan smalam.

Friday, November 26, 2010

Gua Syak Gua Ada Blog

Gua bangun pagi tadi pukul 6 setengah.Gua sarapan kat Bashir pukul 8 suku.Balik dari Bashir je gua dah ada satu blog yang bernama Sofa Merah dan Ganja.Hakhak.