Friday, March 18, 2011

Ini Memang Betul-Betul Boleh Buat Gua Marah

Gua bangun pagi-pagi,semangat nak cari tiket Double Trouble.Gua bukak ticket2u.biz,gua dah excited nak beli tiket ni.Tinggal nak tekan purchase je,skali gua nampak tulisan kecik warna merah kat bawah dia.Konsert Double Trouble ditunda pada 27 Mei 2011.Melepas gua sial.Baru nak layan Gema di Inderaloka.Tapi gua rasa ada hikmah semua ni.Hakhak.


Wednesday, March 16, 2011

The Damned United


Kalau lu orang semua rasa Jose Mourinho tu macho,lu orang semua kena tengok cerita ni.Brian Clough sepuluh kali macho lagi dari Mourinho."My name is Brian Clough,Brian Howard Clough."

Thursday, March 10, 2011

Penipu Yang Paku

Wahai sang penipu,
Sekali engkau menipu,
Engkau akan masuk ke dalam,
Semakin banyak engkau menipu,
Engkau akan jauh tenggelam,
Tak ubah seperti paku,
Yang masuk ke dalam kayu,
Atau mungkin juga batu,
Jika tipuan kau itu benar-benar padu,
Sehingga dapat menembusi batu,
Mengetuk diri engkau ke dasar kayu,
Dengan cara hina iaitu menipu,
Sehingga terbenam semua agendamu,
Dikaburi oleh bongkah - bongkah kayu,
Tukul khayalan itu adalah kata-kata tipumu,
Semakin keras engkau mengetuk,
Semakin mudah kau masuk ke dasar kayu,
Hanya kuku kambing saja mampu,
Mengeluarkan paku dari dalam kayu,
Namun segalanya tak akan seperti dulu,
Apabila paku ditarik keluar dari kayu,
Ianya sudah tidak lurus seperti dahulu,
Oleh itu sang penipu,
Berhentilah dari terus menipu,
Sebelum engkau tenggelam ke dasar kayu,
Dan apabila ditarik keluar oleh kuku kambing,
Badanmu tak lurus lagi seperti dahulu,
Waktu itu kau akan dibuang secara melulu,
Kerana mereka akan mencari paku yang baru.




-11 Mac 2011-


p/s:Puisi yang gua tulis secara tergesa-gesa sebelum pergi smayang jumaat.Tajuk dia gua tiru puisi Semah "Penipu Yang Kaku".Instead "Penipu Yang Kaku",gua tukar jadi "Penipu Yang Paku".Bukan untuk siapa-siapa.Just sebagai peringatan supaya kita tak menipu.Boleh jugak nak tujukan dekat gua.Sebab gua pun selalu menipu.Hakhak.


Thursday, March 3, 2011

Malam Segala Malam

Malam segala malam adalah malam exam.Hakhak.