Tuesday, November 30, 2010

El Traductor - Tempat Jatuh Lagikan Dikenang

Peringatan:Ini adalah entri serius.Dah lama gua tak menulis dengan serius macam ni.

El Clasico adalah nama jolokan perlawanan bolasepak antara Barcelona dah Real Madrid,2 kelab gergasi La Liga.Ia sebenarnya bukan sahaja perlawanan bolasepak,tetapi juga mengenai perbezaan geografi,politik dan budaya antara dua kawasan.Awal pagi tadi sekali lagi El Clasico berlangsung.Real berkunjung ke gelanggang keramat Barcelona di Nou Camp dengan misi memenangi El Clasico buat kali pertama dalam tempoh dua musim.Kali ini Real tampil dengan wajah baru dikepalai jurulatih baru Jose "The Special One" Mourinho.Mourinho pada musim lepas pernah menyekat perjalanan Barcelona di separuh akhir Champions League bersama Inter Milan.Justeru,harapan tinggi diletakkan di bahu Mourinho oleh penyokong-penyokong Real kali ini.

Perlawanan dimulakan,Barcelona turun dengan kesebelasan terbaik.Real pula terpaksa menggantikan Higuain dengan Benzema kerana Higuain tidak melepasi ujian kecergasan.Barcelona bermain seperti biasa.Passing game yang cukup flow dan posesi di setiap sudut padang sambil sesekali membuka ruang dan mencipta peluang.Minit ke 10,through ball Iniesta dari sebelah kiri padang disudahkan dengan tendangan lambung oleh Xavi melepasi kepala Casillas walaupun bola tertampan kaki Marcelo untuk gol pertama Barca.Barca terus menguasai permainan untuk minit-minit seterusnya.

Jentera tengah Barcelona berfungsi dengan baik sekali.Gandingan Iniesta dan Xavi ibarat Kid dan Din dalam kumpulan Search manakala Messi pula ibarat Amy.Minit ke 18,sekali lagi dari sebelah kiri,kali ini Villa menggelecek Sergio Ramos dan melakukan hantaran ke tengah sebelum disambar Pedro untuk gol kedua Barca.Minit ke 31,berlaku kekecohan apabila Christiano Ronaldo menempis tangan Pep Guardiola yang tidak memberikan bola  untuk lontaran ke dalam kepadanya.Dia dilayangkan kad kuning.Begitu juga dengan Victor Valdes yang cuba mempertahankan Guardiola.Separuh masa pertama berakhir dengan 2-0 memihak Barcelona.

Separuh masa kedua dimulakan.Barca tidak mengendurkan asakan sebaliknya lebih mendominasi permainan.Mourinho cuba membetulkan keadaan dengan memasukkan Lassana Diarra menggantikan Mesut Ozil yang mungkin tidak berfungsi dengan baik.Namun keadaan  nampaknya tidak berubah.Gandingan "Kid" dan "Din" di bahagian tengah semakin berleluasa seumpama ketika mereka bermain di pentas konsert Search."Amy" pula terus menyalurkan vokal high pitchnya kepada microphone.Microphone yang dimaksudkan di sini bolehlah diberikan kepada David Villa.Dua assist Messi kepada Villa pada minit ke 54 dan 57 untuk dua gol pantas boleh juga diibaratkan seperti ketika "Amy" menyanyikan lagu Fantasia Bulan Madu dan Fenomena dan microphone iaitu Villa menyampaikannya kepada penonton iaitu penyokong Barca di Nou Camp.Cukup sempurna.

Real mencuba yang termampu namun semuanya tidak menjadi buat anak-anak buah "The Special One".Pujian harus diberikan kepada kekebalan back four Barca menyerap serangan Real.Sehinggalah pada minit ke 90,pemain 22 tahun yang berasal dari Venezuela Jeffren Suarez menambah derita Real dengan gol ke lima Barcelona.Bak kata budak rumah gua Uze,"Derita itu indah."Ketika permainan hampir tamat,Sergio Ramos pula dilayangkan kad merah atas kesalahan menolak muka rakan senegaranya dalam pasukan Sepanyol iaitu Puyol.Sekali lagi kekecohan berlaku namun pengadil dapat mengawal keadaan dengan baik sehingga membawa kepada berakhirnya El Clasico kali ini.

Jose "The Special One" Mourinho gagal dalam percubaan pertama beliau untuk memenangi El Clasico bagi Real Madrid.Namun pada sidang media selepas perlawanan beliau menyatakan bahawa Real tidak dimalukan,sebaliknya mengakui pasukannya bermain buruk.Pasukan yang bermain baik lebih layak untuk menang.Maka berakhirlah ulasan El Clasico gua yang sangat serius ni.Gua pun tak tau kenapa gua tulis serius sangat.Kepada Mourinho gua cuma nak cakap macam ni.Tempat jatuh lagikan dikenang.Hakhak.

Kid dan Din
Amy
Microphone
p/s:Sebenarnya malam tadi pukul 11.30 gua dah terbongkang tido atas sofa gua.Bangun pagi gua tengok hp Barb message tanya bola pukul berapa.Gua tengok screen laptop pulak ada ym Atok tanya tengok bola kat mana.Hakhak.Sorryla geng,gua tengok bola dalam mimpi la.Ulasan kat atas ni pun gua buat lepas tengok highlight ngan baca-baca sket kat soccernet.



Sunday, November 28, 2010

Ashtray Syaitan

Berbatang - batang rokok menemani kesejukan mencengkam sumsum tulang kedua belah kaki,
Ketika aku menanti dan terus menanti dia keluar memunculkan diri,

Sunyi,sepi.....

Berbaring,berpusing,terlena,terjaga,berdiri dan berlari aku sendiri,
Ketika gelap malam yang pekat hampir-hampir ditelan fajar dinihari,

Akhirnya aku kecewa lagi,
Pulang dengan hati yang mati.


p/s:Lu orang pernah tengok ashtray syaitan?Kalau nak tengok datang la rumah gua...hakhak



Mamak Malik Zainal

Zaman Pasca Seroja,1.37 pagi

"Wei setan,jom MMZ.Gua lapar ni,"jerit Atok pada gua.Atok memang camtu.Cakap jenis nak menengking.Dasar tak reti cakap baik-baik.Gua tengah buat apa tah masa tu.Tapi yang gua tau gua memang tengah lapar.Pagi-pagi camni memang lapar.Seingat gua masa tu dapur pun takde lagi kat umah gua.Makan kedai je hari-hari.Kalau dah ada dapur pun gua rasa zaman tu memang zaman malas masak.Skill masak gua pun tak mantap macam skang lagi.

"Jom,gua pun lapar gak,tapi gua takde duit ni,"balas gua pada Atok.

"Takpe,gua payung lu,gua ada duit la,duit bukan isu skang,"Atok balas dalam nada berlagak.

"Cantik,"gua beri ayat firm tanda setuju.

Gua ngan Atok pun memulakan perjalanan ke MMZ.MMZ nilah mamak yang paling dekat skali ngan rumah gua time tu,Apartment Seroja.Kinky sial nama Apartment Seroja.Sumpah sampai skang pun gua tak tau apa nama panjang MMZ ni.Kalau ikut budak rumah gua Pami Wo MMZ ni maksud dia Mamak Malik Zainal.Gua tak pasti la betul ke tak kan.Malas gua nak tanya lebih-lebih.Yang gua tau kalau gua rasa lapar gua pergi MMZ sebab paling dekat ngan rumah gua.Malas nak jalan jauh-jauh.Lagipun masa tu masing-masing mana ada motor lagi.


Dalam perjalanan tu gua berborak ngan Atok.Tapi gua tak ingat dah  borak pasal apa.Yang pasti bukan pasal benda-benda serius la.Gua rasa berat kepada borak pasal awek dalam kelas kot.Awek ni cantik,awek ni hot,awek ni muka macam reban.Abes takkan gua nak borak pasal laki pulak.Gua bukannya gay.Atok gua tak pasti.Sampai-sampai kat MMZ je gua ngan Atok amik satu table.Datang sorang maple ni amik order.Lepas je order air,gua ngan Atok pun serang nasi campur.


Masa ni gua tengok Atok amik banyak gila lauk."Lapar betul Atok ni,"pikir gua dalam hati.Gua amik lauk ala kadar je.Yelah,masa ni gua baru kenal Atok.Segan la gua nak amik lauk banyak-banyak,dah la Atok yang payung gua.Gua makan tak tengok keliling dah.Gua rasa ramai jugak orang masa tu.MMZ ni pakai pelaris gua syak.Setiap masa ramai orang.Nak kata makanan dia sedap tak jugak.Sama je macam mamak lain.Habis je gua makan,Atok on rokok.Sampai separuh Atok hisap rokok,dia bisik pada gua.

"Wei,jom blah,gua takde duit ni,cepat la sebelum orang perasan."

Gua nampak Atok bangun dari kerusi,gua pun follow dengan tenang.Buat macam biasa,macam takde pape.Dalam otak gua dah nampak dah dengan orang camne gua nak hidup sepanjang 3 tahun ni."Celaka Atok,takde duit buat macam takde duit,"gua sumpah seranah Atok dalam hati.Balik tu sepanjang jalan gua maki Atok.Atok gelak macam babi.


p/s:Esoknya gua drag Atok pergi MMZ balik,makan pastu bayar double skali ngan makanan smalam.

Friday, November 26, 2010

Gua Syak Gua Ada Blog

Gua bangun pagi tadi pukul 6 setengah.Gua sarapan kat Bashir pukul 8 suku.Balik dari Bashir je gua dah ada satu blog yang bernama Sofa Merah dan Ganja.Hakhak.