Showing posts with label cerita masa sekarang. Show all posts
Showing posts with label cerita masa sekarang. Show all posts

Tuesday, June 12, 2012

Menongkah Arus


Walaupun susah,tapi gua rasa beginilah caranya...


p/s: Cilaka varicocele.Kehkeh

Tuesday, March 13, 2012

Ya Sudahlah



    

Hari ni je dah dekat 365721 kali gua dengar lagu ni.Hakhak.


Saturday, February 4, 2012

The Black Album



Lu orang memang penipu la kalau tak pernah tengok cover album kat atas ni.Album ni legend gila kot.Kalau Metallica ada Black Album,bagi gua ni Black Album Raihan.Album pertama diorang circa tahun 97 ni memang berhantu gua cakap lu.Album paling banyak terjual dalam sejarah penjualan album kat Malaysia dengan 750 000 unit.Menang pulak Anugerah Album Terbaik AIM 98.Siapa yang boleh lupa dengan lagu-lagu hits macam Puji-pujian,Peristiwa Subuh,Iman Mutiara,Sifat 20,Rayuan Rindu,Rakan Selawat ngan Assolatuwassalam.Gua hafal semua lagu dalam album ni.Cuma gua tak sempat pergi showcase ke,konsert ke,persembahan Raihan.Kalau tak memang samokh gua sing along lagu-lagu diorang ni.Bagi gua ni la album nasyid kontemporari paling jujur sekali pernah gua jumpa kat Malaysia.Lepas album ni meletup, banyak kumpulan nasyid cuba keluar ngan formula yang sama ngan album ni tapi tak berapa boleh pergi.Kalau boleh pergi pun satu dua lagu je yang famous tak macam album ni.Hakhak.Album ni macam pemangkin kepada semua kumpulan-kumpulan nasyid untuk berkarya time tu.Masa tu takde orang malu nyanyi lagu-lagu nasyid kuat-kuat depan orang ramai.Gua ngan sepupu-sepupu gua pun tiap-tiap minggu jamming lagu Raihan dan kitorang hampir menubuhkan kumpulan nasyid gak time tu.Mujur gua masuk asrama,kalau tak gua dah sebaris ngan Maher Zain dah skang.Hakhak.Semua sebab penangan Black Album ni.Dengan kejayaan Black Album ni jugak la Raihan pernah jadi cover majalah ROTTW masa tu.Apa gila majalah rock amik kumpulan nasyid buat cover.Pergh panjang pulak gua tulis kali ni.Gua rasa nak letak lagu satu.Hakhak.Terimalah all time favourite gua.





p/s:Selamat menyambut Maulidur Rasul.



Friday, May 20, 2011

Hiatus

Gua secara suka citanya mengumumkan blog ni akan berada dalam keadaan hiatus mulai dari hari ni sampai la satu masa yang gua pun tak tahu bila.Hakhak.

Wednesday, May 4, 2011

Tarikh Keramat

Tarikh keramat semakin hampir,
Gua boleh kira ngan jari je.
Rasa-rasa gua ada la dalam beberapa hari je lagi.
Gua berdebar gila tunggu tarikh keramat.
Gua harap nasib malang gua tahun-tahun sudah tak berlaku lagi.
Dah dua kad bank gua gua letak no pin tarikh keramat ni.
Gua tak nak tambah lagi satu kad bank pakai no pin tarikh keramat.
Menjelang tarikh keramat ni,gua kena persiapkan diri gua.
Gua perasan diri gua sekarang pun dah lain macam sikit.
Gua kena buang benda-benda yang tak patut ada dalam diri gua ni.
Ni semua tak bagus untuk gua menghadapi musibah tarikh keramat.
Gua tak nak jadi macam tahun-tahun sudah.
Lepas je tarikh keramat gua mesti bermuram durja.
Hidup gua jadi tak tentu arah,pelajaran entah ke mana.
Tak jumpa jalan nak pergi kelas,paling kuat pun gua pergi Bashir.
Gua betul-betul harap tarikh keramat tahun ni takde musibah berlaku.
Celaka lah tarikh keramat!

Friday, March 18, 2011

Ini Memang Betul-Betul Boleh Buat Gua Marah

Gua bangun pagi-pagi,semangat nak cari tiket Double Trouble.Gua bukak ticket2u.biz,gua dah excited nak beli tiket ni.Tinggal nak tekan purchase je,skali gua nampak tulisan kecik warna merah kat bawah dia.Konsert Double Trouble ditunda pada 27 Mei 2011.Melepas gua sial.Baru nak layan Gema di Inderaloka.Tapi gua rasa ada hikmah semua ni.Hakhak.


Thursday, March 3, 2011

Malam Segala Malam

Malam segala malam adalah malam exam.Hakhak.






Sunday, February 13, 2011

Double Trouble



Gua dah nekad.Pape jadi pun gua nak pergi gak tengok "Double Trouble" terakhir kat Melaka 16 haribulan 4 ni.Terpaksalah extend seminggu.Hakhak.

Friday, January 28, 2011

Siri Bercakap dengan Syaitan

Woi Setan,lu boleh tak jangan ajak kawan gua buat benda bukan-bukan.Sekali gua tinju muka lu macam Mark Wahlberg dalam The Fighter tau la lu.Dasar!

Friday, January 21, 2011

Siri Bercakap Dengan Bapak Gua

Bapak gua:Belajar OK?

Gua:OK...

Bapak gua:Duit ada?Nak duit tak?

Gua:Ada,tapi kalau nak bagi boleh jugak...

Bapak gua:Nak berapa?100?200?

Gua:Tah,tak kesah,ikutlah...


Gua rasa beberapa tahun kebelakangan ni,dialog kat atas ni jelah yang gua borak ngan bapak gua.Tiap-tiap kali gua jumpa dia pun basic perbualan kitorang mesti macam kat atas ni.Kadang-kadang adalah sket bertambah benda yang gua borak ngan dia.Berkurang tak pernah la.Kalau berkurang maknanya tak bercakap dah gua ngan bapak gua.Gua ingat lepas ni nak kawin la.Hakhak.Baru banyak sket benda nak borak ngan bapak gua.Mesti bapak gua tanya,"Bini lu sihat?","Anak lu amacam?","Susu anak dah beli?","Anak lu ni ikut muka lu la."Hakhak.Apa ada hal?

Saturday, January 15, 2011

Blog Abang Gua

Brader ni gua dah anggap dia macam abang gua.Susah senang kita bersama.Mengharungi badai,merentas lautan bergelora,bermandi hujan,berjemur di bawah terik matahari,menggenggam bara api.Hakhak.Oleh itu,gua mempersembahkan,blog Farid.




p/s:Farid gua promote blog lu ni.Payung la Nando's.Hakhak.

Wednesday, January 12, 2011

Sehari Sebelum CA


Gua hantar Tomio Jr. je jawab test Patho esok.Apa ada hal?Hakhak.



Saturday, January 8, 2011

Tempat Jatuh Lagikan Dikenang

aku lihat dia tersenyum gembira,
seperti terpancar sinar dari wajahnya,
aku harap dia akan terus bahagia,
moga dia ketemu apa yang dicarinya.



p/s:Gua ingat nak mula menulis novel pulak la.Hakhak...

Thursday, December 30, 2010

MIA = My Incik Atok

Sempena ngan tahun baru ni gua ada satu je azam.Tak perlu banyak-banyak kot.Satu dah cukup bagi gua.Gua nak basuh bilik air gua.Sampai bersih.Tu azam gua kali ni.


p/s:Baru-baru ni gua jumpa dua blog best.Pertama adalah Teh Tarik Gelas Besar,milik saudara Nami.Memang terbaik la blog ni.Sejak gua baca blog ni gua rasa nak memberontak je.Tulisan dia memang menarik,buat kita banyak berfikir.Satu lagi adalah Maria Elena is Greek Helen.Gua pun tak tau camne gua boleh jumpa blog ni.Blog awek-awek lak tu.Tapi gua rasa blog ni menarik jugak.Sama naik ngan blog Hanis Zalikha.Mungkin sama naik jugak ngan blog jejariruncing.Hakhak.

Thursday, December 23, 2010

In the Name of Love


Chiah!!!Tajuk entri nak gempak.Gambar kat atas ni adalah gambar adik gua.Nama adik gua Amirah Bte Mohd Alias.Tarikh lahir dia sumpah gua tak ingat.Nantilah gua kaw tim ngan dia balik.Ni entri pasal dia.Gua nak ucapkan tahniah kat dia sebab dapat 8A dalam PMR.Sama macam gua.Yelah,dah adik gua kan.Mestilah hebat macam gua.Tapi ada beza sket la.Gua punya 8A dulu memang solid 8A.Tapi adik gua dapat 8A1B.Sejarah dia dapat B.Ada dapat B sejarah.Bahasa Arab dapat A pulak.Takpelah,boleh gua belajar Bahasa Arab ngan dia.Baru Ayat-Ayat Cinta poik.Kepada adik gua,nanti gua bagi lu hadiah sket.Pergh!!!blagak ala-ala abang sweet pulak gua kali ni.Lepas ni gua harap lu lebih mengutamakan akademik,membelakangkan lelaki.Jangan jadi macam gua.Kalau gua mengutamakan akademik,membelakangkan wanita.Lu apa kes pulak nak membelakangkan wanita.


p/s:Cantik kan adik gua.Tapi sorry la adik gua takde Facebook.Sama macam gua.Tapi gua pelik ni camne adik gua yang bongsu boleh ada Facebook pulak.Siapa yang ajar dia ni?

Saturday, December 18, 2010

Kehidupan

Gua rasa life gua skang ni sama macam dalam cerita Mexico Y Tu Mama Thambien,kalau versi yang Indon tiru tajuk cerita ni jadi Realiti Cinta dan Rock & Roll.Entah la,gua nak tulis blog pun dah malas skang.Rasa menyesal pun ada buat blog ni.Lagipun gua nak final exam dah.Nak tulis panjang-panjang pun rasa macam buang masa je.Masa gua banyak gua habiskan dengan Patho,Microbe,Pharmaco ngan Forensic.Penat study gua tengok movie.Rasanya dah berlambak movie gua tengok skang.Ada yang superb,ada yang merepek.Petang-petang pulak gua pergi main bola.Gua rasa dah lama gua tak keluar.Maksud gua keluar pergi berjimba la.Pergi MG Road ke,pergi Mantri ke.Gua harap gua dapat lepas second year ni ngan jayanya.Sama jugak untuk kawan-kawan satu batch gua yang lain.Gua doa lu orang semua berjaya.Sekian,terima kasih.




p/s:Ada satu petang ni,gua tengah buka puasa ngan Bazroy kat Dam,tiba-tiba poket seluar gua bergetar.Ada message masuk,"X pergi jogging ke dis evening?".Gua makan laju-laju.Sudah makan gua tinggal Bazroy.Gua jogging balik rumah.Hakhak.

Tuesday, December 14, 2010

Hantu Kak Semah Balik Rumah

"Entah-entah ko ni bukan Semah tak?"

 Zaaasssss!Gua ngan Semah lari laju nak mati keluar balik dari B308 yang gelap takde orang tu.


Ni versi yang berseni sket orang kata.
Hantu Kak Semah

p/s:Semah gua rasa hantu tu ikut lu la,tapi malam tadi gua pulak yang jadi mangsa.Tindih gua lima jam sial tak boleh bangun.Gua bangun penat gila terus bantai nasik lauk sardin ngan telur dua pinggan.Hakhak