Hari ni je dah dekat 365721 kali gua dengar lagu ni.Hakhak.
Tuesday, March 13, 2012
Ya Sudahlah
Hari ni je dah dekat 365721 kali gua dengar lagu ni.Hakhak.
Labels:
cerita masa sekarang
Saturday, March 10, 2012
Nasi Campur
Terbang,jatuh.
Terbang,jatuh.
Terbang lagi,jatuh kembali.
Terbang lagi,jatuh kembali.
Terbang lagi tinggi,jatuh ke dasar bumi.
Terbang lagi tinggi,jatuh ke dasar bumi.
Sakit,bipolar.
Kenapa mencerca Tuhan?
Selagi nafsu menjadi tuan.-10 Mac 2012-
Labels:
monolog dalaman
Saturday, February 4, 2012
The Black Album
Lu orang memang penipu la kalau tak pernah tengok cover album kat atas ni.Album ni legend gila kot.Kalau Metallica ada Black Album,bagi gua ni Black Album Raihan.Album pertama diorang circa tahun 97 ni memang berhantu gua cakap lu.Album paling banyak terjual dalam sejarah penjualan album kat Malaysia dengan 750 000 unit.Menang pulak Anugerah Album Terbaik AIM 98.Siapa yang boleh lupa dengan lagu-lagu hits macam Puji-pujian,Peristiwa Subuh,Iman Mutiara,Sifat 20,Rayuan Rindu,Rakan Selawat ngan Assolatuwassalam.Gua hafal semua lagu dalam album ni.Cuma gua tak sempat pergi showcase ke,konsert ke,persembahan Raihan.Kalau tak memang samokh gua sing along lagu-lagu diorang ni.Bagi gua ni la album nasyid kontemporari paling jujur sekali pernah gua jumpa kat Malaysia.Lepas album ni meletup, banyak kumpulan nasyid cuba keluar ngan formula yang sama ngan album ni tapi tak berapa boleh pergi.Kalau boleh pergi pun satu dua lagu je yang famous tak macam album ni.Hakhak.Album ni macam pemangkin kepada semua kumpulan-kumpulan nasyid untuk berkarya time tu.Masa tu takde orang malu nyanyi lagu-lagu nasyid kuat-kuat depan orang ramai.Gua ngan sepupu-sepupu gua pun tiap-tiap minggu jamming lagu Raihan dan kitorang hampir menubuhkan kumpulan nasyid gak time tu.Mujur gua masuk asrama,kalau tak gua dah sebaris ngan Maher Zain dah skang.Hakhak.Semua sebab penangan Black Album ni.Dengan kejayaan Black Album ni jugak la Raihan pernah jadi cover majalah ROTTW masa tu.Apa gila majalah rock amik kumpulan nasyid buat cover.Pergh panjang pulak gua tulis kali ni.Gua rasa nak letak lagu satu.Hakhak.Terimalah all time favourite gua.
p/s:Selamat menyambut Maulidur Rasul.
Labels:
cerita masa sekarang
Thursday, December 22, 2011
Malam Jumaat Keliwon
Satu menceroboh dua,
Dua berkembang tiga,
Tiga mustahil bersama,
Berderai satu,satu,satu.
-22 Disember 2011-
Labels:
puisi pantas pendek
Thursday, December 15, 2011
Wednesday, October 19, 2011
Gua Baru Balik Goa
Aku melihat kau dari belakang,
Hanya mampu melihat tak mampu aku pegang,
Aku melihat kau dari tepi,
Hanya mampu melihat tak mampu aku paut ke sisi,
Aku menoleh kau dari depan,
Hanya mampu menoleh tak mampu aku ramal masa depan.
-Goa,16 Oktober 2011-
Labels:
puisi gua
Subscribe to:
Posts (Atom)
