Gua secara suka citanya mengumumkan blog ni akan berada dalam keadaan hiatus mulai dari hari ni sampai la satu masa yang gua pun tak tahu bila.Hakhak.
Friday, May 20, 2011
Wednesday, May 4, 2011
Tarikh Keramat
Tarikh keramat semakin hampir,
Gua boleh kira ngan jari je.
Rasa-rasa gua ada la dalam beberapa hari je lagi.
Gua berdebar gila tunggu tarikh keramat.
Gua harap nasib malang gua tahun-tahun sudah tak berlaku lagi.
Dah dua kad bank gua gua letak no pin tarikh keramat ni.
Gua tak nak tambah lagi satu kad bank pakai no pin tarikh keramat.
Menjelang tarikh keramat ni,gua kena persiapkan diri gua.
Gua perasan diri gua sekarang pun dah lain macam sikit.
Gua kena buang benda-benda yang tak patut ada dalam diri gua ni.
Ni semua tak bagus untuk gua menghadapi musibah tarikh keramat.
Gua tak nak jadi macam tahun-tahun sudah.
Lepas je tarikh keramat gua mesti bermuram durja.
Hidup gua jadi tak tentu arah,pelajaran entah ke mana.
Tak jumpa jalan nak pergi kelas,paling kuat pun gua pergi Bashir.Gua betul-betul harap tarikh keramat tahun ni takde musibah berlaku.
Celaka lah tarikh keramat!
Labels:
cerita masa sekarang
Friday, April 22, 2011
Bunga Lalang & Daffodil
Oh tuhan,tunjukkanlah aku jalan,
Untuk aku menutup kembali rekahan.
Oh tuhan,berikanlah aku kekuatan,
Untuk aku meneruskan perjuangan.
Oh tuhan,kurniakanlah aku kesedaran,
Untuk aku menyambung kembali persahabatan.-22 April 2011-
Labels:
puisi pantas pendek
Friday, March 18, 2011
Ini Memang Betul-Betul Boleh Buat Gua Marah
Gua bangun pagi-pagi,semangat nak cari tiket Double Trouble.Gua bukak ticket2u.biz,gua dah excited nak beli tiket ni.Tinggal nak tekan purchase je,skali gua nampak tulisan kecik warna merah kat bawah dia.Konsert Double Trouble ditunda pada 27 Mei 2011.Melepas gua sial.Baru nak layan Gema di Inderaloka.Tapi gua rasa ada hikmah semua ni.Hakhak.
Labels:
cerita masa sekarang
Wednesday, March 16, 2011
Thursday, March 10, 2011
Penipu Yang Paku
Wahai sang penipu,
Sekali engkau menipu,
Engkau akan masuk ke dalam,
Semakin banyak engkau menipu,
Engkau akan jauh tenggelam,
Tak ubah seperti paku,
Yang masuk ke dalam kayu,
Atau mungkin juga batu,
Jika tipuan kau itu benar-benar padu,
Sehingga dapat menembusi batu,
Mengetuk diri engkau ke dasar kayu,
Dengan cara hina iaitu menipu,
Sehingga terbenam semua agendamu,
Dikaburi oleh bongkah - bongkah kayu,
Tukul khayalan itu adalah kata-kata tipumu,
Semakin keras engkau mengetuk,
Semakin mudah kau masuk ke dasar kayu,
Hanya kuku kambing saja mampu,
Mengeluarkan paku dari dalam kayu,Namun segalanya tak akan seperti dulu,
Apabila paku ditarik keluar dari kayu,
Ianya sudah tidak lurus seperti dahulu,
Oleh itu sang penipu,
Berhentilah dari terus menipu,
Sebelum engkau tenggelam ke dasar kayu,
Dan apabila ditarik keluar oleh kuku kambing,
Badanmu tak lurus lagi seperti dahulu,
Waktu itu kau akan dibuang secara melulu,
Kerana mereka akan mencari paku yang baru.
-11 Mac 2011-
p/s:Puisi yang gua tulis secara tergesa-gesa sebelum pergi smayang jumaat.Tajuk dia gua tiru puisi Semah "Penipu Yang Kaku".Instead "Penipu Yang Kaku",gua tukar jadi "Penipu Yang Paku".Bukan untuk siapa-siapa.Just sebagai peringatan supaya kita tak menipu.Boleh jugak nak tujukan dekat gua.Sebab gua pun selalu menipu.Hakhak.
Labels:
puisi gua
Thursday, March 3, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)
