Wednesday, February 23, 2011

Nota Untuk Guru Besar Sekolah Kebangsaan Buluh Nipis

Ke hadapan Cikgu Mohd Alias Bin Musa,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Buluh Nipis.

Walaupun gua jarang bercakap ngan lu,
Walaupun dalam kereta kita selalu diam membisu,
Walaupun gua tak duduk ngan lu dari kecik,
Walaupun kita jarang lepak sama-sama,
Walaupun gua tak tahu apa aktiviti lu petang-petang,

Tapi gua harap lu cepat sembuh,
Gua tak boleh balik lawat lu sekarang,
Sebab gua pun tengah berperang ngan exam gua kat sini,
Third IA gua banyak fail lu tau,
Gua kena buat comeback untuk final ni,
Lepas final gua terus menyusup balik lawat lu.


Sekian,terima kasih.


Yang benar,
Mohd Muqaddim Bin Mohd Alias

Thursday, February 17, 2011

Mengejar Matahari



Kau umpama pelangi yang hadir sekejap saja,
Bersama dengan warna-warna indahmu,
Bila kau berlalu pergi bersama hari nanti,
Aku akan kembali mengejar matahari.



p/s:Gua tau ni rare dan agak mustahil,tapi gua harap Arsenal menang Champions League season ni.Hakhak

Sunday, February 13, 2011

Double Trouble



Gua dah nekad.Pape jadi pun gua nak pergi gak tengok "Double Trouble" terakhir kat Melaka 16 haribulan 4 ni.Terpaksalah extend seminggu.Hakhak.

Tuesday, February 8, 2011

Tak Kontemporari Ranggi

Gelap itu teman intimku,
Namun aku ghairah mengejar cahaya,
Meninggalkan gelap tanpa kata,
Kini aku harus kembali merangkulnya,
Agar semua kembali gelita.

Kau dan dia itu satu,
Kau dan aku umpama batu,
Tenggelam di dasar laut,
Tak mungkin timbul ke permukaan,
Berenang bersama seperti yang lain.

Kuburkan saja rasa itu ke dalam lahad,
Pacakkan dua nesan di atasnya,
Supaya ia tidak bangkit kembali,
Cuba untuk menganyam mengkuang,
Yang takkan jadi selembar tikar.

Aneh itu ular yang sentiasa melilitku,
Membaham tubuhku pabila dicucuk geli,
Suatu hari nanti akan aku buang jauh,
Biar semua kembali berseri,
Tak mungkin aku biarkan kau sendiri.


-9 Februari 2011-


p/s:Yes!Setelah berminggu-minggu gua dilanda buntu,gua rasa dah dapat balik sentuhan menulis gua.Seronok sial.Hakhak.

Buntu


Buntu mahu buat apa,
Buntu mahu pergi  ke mana,
Buntu mahu makan apa,
Buntu mahu minum apa,
Buntu mahu tanya apa,
Buntu mahu jawab apa,
Buntu mahu baca apa,
Buntu mahu dengar apa,
Buntu mahu tulis apa,
Buntu mahu cakap apa,
Buntu mahu pegang apa,
Buntu mahu lepas apa,
Buntu mahu tendang apa,
Buntu mahu lari ke mana,
Buntu mahu pendam apa,
Buntu mahu luah apa,
Buntu bila tidur lena,
Buntu bila mata terbuka,
Buntu mahu sebelah mana,
Buntu mahu pilih apa,
Buntu!



p/s:Buntu tak baca tulisan gua?Gua syak exam ni buat gua buntu nak tulis apa.Gua ingat nak pakai kilt la lepas ni.Baru Double Trouble.Hakhak.