Wednesday, January 5, 2011

Aku yang Menipu Tuhanku

Ini kisah tentang aku dengan Tuhanku,
Kisah aku yang telah banyak menipu Tuhanku,

Aku kata aku cinta Tuhanku Yang Maha Satu,
Tapi cinta dari seorang gadis juga yang aku tunggu,

Aku ikrar mengerjakan suruhanMu dan meninggalkan laranganMu,
Tapi terlalu kerap sebaliknya pula yang berlaku,

Aku janji tak akan tinggal sembahyang lima waktu,
Tapi bila keluar rumah sembahyang pun aku catu,

Aku mengaku bahawa seluruh alam di bawah kuasaMu,
Tapi aku takut bila dimomok-momokkan dengan cerita hantu,

Aku nekad mahu tutup aurat setiap waktu,
Tapi bila bersukan aku dengan bangga tayang bulu,

Aku baca Al-Quran setiap malam dari Ahad hingga Sabtu,
Tapi bila sunyi sorang-sorang aku pun buka "blue",

Aku hafal maksud bacaan untuk khusyuk dalam sembahyangku,
Tapi sampai sekarang aku masih sembahyang laju-laju,

Aku yakin semuanya halal makan dan minumku,
Tapi aku hisap rokok merosakkan paru-paru,

Aku pernah bertaubat kepadaMu takkan mengulangi dosa itu,
Tapi aku masih tewas dengan hasutan syaitan dan hawa nafsu,

Ya Allah Ya Tuhanku,ampunilah dosa aku,
Terlalu banyak dosa aku menipuMu,

Aku sangat malu kepadaMu,
Bimbinglah aku menuju ke jalanMu,

Ikhlaskanlah hati aku memujaMu,
Supaya semua perkara ini tidak lagi berlaku,

Lembutkanlah hati aku yang sekeras batu,
Kerana aku mahu balasan syurgaMu.



- 6 Januari 2011-



No comments:

Post a Comment