Friday, January 21, 2011

Jamilah Bahagian 2

Seperti yang gua janjikan.Sambungan Jamilah.


Gua sebenarnya tak tau camne hubungan gua ngan arwah nenek gua boleh jadi tak rapat.Kalau tak silap gua,sejak gua masuk matrik gua rasa gua dah jauh ngan nenek gua.Nenek gua masa tu dah sakit yang tak boleh bangun.Terlantar je atas tilam.Tapi perangai nak amik tau apa yang orang buat dan semua benda kena ikut kepala dia still nenek gua amalkan.Lagi satu,nenek gua ni banyak sangat pikir.Bila dia banyak pikir,malam-malam nenek gua tak boleh tidur.Bila ada anak-anak dia yang datang melawat dan bukak cerita sket,malam tu dia selalu tak  boleh tidur.Pastu dia mesti tanya cerita tu berulang-ulang kali kat penghuni tetap rumah dia iaitu gua,makcik gua dan pakcik gua.Dalam kes ni,gua lagi sekali yang jadi mangsa.Kalau  dia tanya makcik gua,selalunya makcik gua jawab tapi makcik gua akan marah dia supaya tak pikir sangat hal anak-anak dia yang lain.Kalau dia tanya pakcik gua selalunya pakcik gua akan cakap tak tau.So,dia terpaksa la tanya kat gua.Gua jawab je.Tapi bila dia tanya berkali-kali benda yang sama,gua kadang-kadang tinggi suara jugak.


Arwah nenek gua ni,bila dia rasa sakit dia akan meraung-raung.Dia macam marahkan rasa sakit tu.Dia selalu la bergaduh ngan makcik gua yang gua panggil "mak" tu.Bila dia meraung,"mak" gua akan counter balik."Mak" gua cakap kalau sakit mengucaplah.Ingat kat Allah.Mula-mula dia ikut jugak,tapi lama-lama dia macam bosan.Asal dia sakit je dia meraung."Mak" gua pulak jenis yang suka melawan.So,tiap-tiap hari kat rumah tu akan ada pertengkaran antara arwah nenek gua yang suka meraung ngan "mak" gua yang akan suruh dia mengucap.Pakcik gua selalunya buat bodoh je.Makcik  gua yang sorang lagi tu pun buat bodoh jugak.Tapi kadang-kadang selalu jugak pakcik gua pergi duduk dekat sebelah dia.Mengaji Quran,borak-borak ngan dia.Gua masa tu kalau balik cuti je akan face dengan keadaan camtu.Gua kalau balik cuti masa kat  MSU tu mana keluar rumah sangat.Semua tu sebab gua nak tolong makcik gua jaga arwah nenek gua.Yelah,makcik gua pun dah tua jugak.Memang train gua punya sabar la jaga arwah nenek gua sakit.Dia just nak gua ada je duduk kat tepi dia je.Kalau dia dah tau gua ada kat rumah tu cuti,susah sket la gua nak keluar gi mana-mana.Gua baru keluar kejap je dia mesti dah bising.


Dia just nak gua duduk tepi dia borak-borak.Gua kalau mula-mula balik tu boleh la duduk sebelah dia berborak.Tapi bila dah tiga empat hari gua rasa bosan.Dengan dia yang banyak tanya,pastu nak explain kat dia bagi paham,dengan keadaan dia yang tak dengar tu,gua rasa susah nak bercommunicate ngan dia.Ego jiwa anak muda gua selalu je menghalang gua dari terus duduk kat sebelah nenek gua.Gua akan pergi buat kerja sendiri.Tapi gua selalu jugak la bawak nenek gua pergi kencing ngan berak dalam bilik air.Tu dah memang jadi kerja gua la kalau gua balik cuti.Nenek gua punya ultimate adalah dia punya raungan tu.Desibel dia memang tinggi tanpa mengira siang atau malam.Masa awal-awal dia sakit raungan dia tak adalah kerap sangat gua rasa.Tapi bila dah masuk tahun kedua ketiga tu gua rasa raungan dia makin menjadi-jadi.Malam-malam kalau dia sakit memang satu rumah la tak tidur."Mak" gua la selalu jadi mangsa.Boleh pulak diorang bergaduh pagi-pagi buta tu.Kadang-kadang pakcik gua bangun,kadang-kadang gua pun bangun sekali.Kitorang selalunya akan baca Yassin ataupun baca Quran nak bagi dia tenang sket.Tapi selalunya dia tak berhenti meraung pun sampailah dia tertidur penat.


Makin lama sakit arwah nenek gua makin teruk.Kadang-kadang dia boleh meraung non stop sampai setengah jam.Pastu bila dia bergaduh ngan "mak" gua,dia boleh naik angin tiba-tiba.Dia seolah-olah nak marahkan Tuhan sebab sakit dia tu.Meraung-raung,meronta-ronta.Arwah nenek gua ni kalau bergaduh ngan "mak" gua boleh drag sampai jadi worst.Lu orang bayangkan dia boleh lempang "mak" gua bila dia marah sangat "mak" gua ni suruh dia mengucap.Kadang-kadang dia boleh maki "mak" gua sampai keluar perkataan anak gampang kat "mak" gua.Menangis la "mak" gua.Bila jadi camtu,gua selalu akan jadi blur tak tau nak sebelahkan siapa.Selalu gua cakap kat "mak" gua kalau arwah nenek gua meraung,menjerit semua biar jelah.Dengar je.Tapi "mak" gua ni pun sama degilnya dengan arwah nenek gua.Kerja nak melawan je.Mana la tak marah orang tua tu.Gua sebenarnya tertekan jugak bila masa cuti gua terpaksa gua face ngan mendengar pertengkaran,raungan dan jeritan setiap hari.Tapi lama-lama gua dah lali dah.Gua akan cuba jugak tolong mana yang patut supaya keadaan tak jadi lagi worst."Mak" gua pun selalu mengadu kat gua.Kenapalah anak-anak arwah nenek gua yang lain jarang sangat balik rumah.Seolah-olah macam "mak" gua ngan pakcik gua je yang jaga arwah nenek gua.


p/s:Gua sambung bahagian ketiga lak.Penat sial nak tulis panjang-panjang.Hakhak

No comments:

Post a Comment