Friday, January 14, 2011

Scene Memasak Seroja

Dah lama gua tak menulis pasal scene Seroja.Gua malas sebenarnya nak up kan entri panjang-panjang ni.Buang masa study gua je.Tapi disebabkan ada request,gua yang baru bangun tidur dengan muka serabai gila babi ni tulis gak la.Kesian pulak orang meminta kan.Gua tak boleh kalau ada request ni.Rasa nak bagi je.Ok skang gua nak tulis pasal scene memasak Seroja.Scene memasak bagi gua la,scene memasak lu orang mana gua nak tau.Scene memasak lu orang tulis la kat blog lu orang sendiri.Bila cakap pasal scene memasak gua,secara automaticnya,Stone adalah individu yang perlu disebut jugak.Yelah,dah gua kalau memasak je mesti dengan Stone.Stone dah macam sparring partner gua.Kitorang kira macam Double Dragon la.Kalau lu orang nak bagi Double Trouble pun gua terima je.Gua takde masalah kot.Gua manusia tak bermasalah.Ye dak Stone?Hakhak.


Masa awal-awal masuk Seroja circa 2006 tak silap gua,gua memang sepatah haram tak tahu masak apa-apa.Setakat masak meggi,masak air ngan goreng telur boleh la.Stone pulak gua rasa sama je.Walaupun bapak dia buat catering.Lu orang tau rempah jenama Brahim's tak?Gua rasa tu bapak Stone yang punya.Tapi Stone sampai skang tak mengaku.Humble gila Stone ni.Bagus budaknya.Disebabkan nak jimat dan dengan kehadiran dapur gas kat rumah gua di 26-2-4,Apartmen Seroja,gua pun join la scene memasak ni.Awal-awal rumah gua sistem pemasakan ni dibahagikan mengikut pair.Dua orang akan berganding bahu masak untuk semua orang makan.Setiap pair akan masak untuk dua hari dalam seminggu dan akan ada satu hari free yang ikut suka hati siapa yang nak masak hari tu.Biasanya kitorang akan masak waktu malam je sebab siang makan dekat kolej.Macam gua cakap tadi,gua partner ngan Stone,Bazroy partner ngan Pami Wo dan last sekali Pije partner ngan Apis Saad.


Macam mana la gua boleh partner ngan Stone pun gua tak tau.Mungkin masa tu gua selalu usya awek ngan Stone agaknya.So,dipendekkan cerita scene memasak Seroja bagi gua dan budak-budak rumah gua pun bermula.Awal-awal nak masak ni semua jadi excited.Semua message budak-budak pompuan mintak resepi la bagai.Tanya mak pun ada jugak.Gua la yang tanya mak tu,gua tak into sangat nak tanya-tanya pompuan ni.Yang tanya pompuan tu of course la Stone.Masa ni kitorang banyak mendapat tunjuk ajar daripada Apis Saad.Apis Saad kira master la dalam scene memasak ni.Pije seronok la dapat partner ngan Apis Saad.Senang kerja dia.Gua ngan Stone pulak selalu termehek-mehek kat dapur bila tiba turn kitorang.Gua ingat lagi masa ni,nak masak nasik pun gua fail walaupun guna ricecooker.Apis Saad yang ajar gua nak sukat air semua.Petua Apis Saad gua ingat dan amalkan sampai sekarang.Apis Saad kata masa basuh beras tu baca selawat sekali.Baru menaik.


Selalunya gua akan masak satu lauk dan akan ditambah ngan lauk lain hasil kerja tangan Stone.Gua selalu masak daging,ayam ngan udang camtu la.Stone pulak akan masak sayur.Stone selalu jugak komplen kat gua kenapa dia selalu kena masak sayur je.Dia cakap dia nak develop skill memasak dia.So,dia kena jugak masak ayam,daging ngan udang.Kadang-kadang gua swicth la ngan dia.Gua takde masalah pun.Gua manusia tak bermasalah kot.Ye dak Stone?Kadang-kadang apa yang kitorang masak sedap,kadang-kadang rasa apa pun gua susah nak describe.Sebab bila bekerja ngan Stone kat dapur memang boleh hilang kawalan.Rasa nak letak macam-macam dalam masakan.Apa yang ada kat dapur kitorang campak je dalam kuali.Paling gua ingat Stone masak sayur letak mayonnaise.Tapi sedap bai.Disebabkan kitorang semua lelaki,sedap tak sedap bantai je.Bak kata Pije sambil bagi nada confident, "Bantai jo."


Itu belum kira gua punya letak lagi.Seingat gua,gua ada letak milo sket dalam lauk.Tapi gua tak ingat dah lauk apa.Stone la yang induce gua.Letak milo,letak kari,letak kas-kas,letak sos tiram,letak kicap,letak mayo,letak sos,letak mustard.Semua yang boleh letak kitorang letak.Bosan masak nasik,kitorang masak mee.Bosan masak mee,kitorang masak pulak bihun.Tu yang keluar bihun legend rasa kari tu.Gila lu,masak bihun dua bungkus.Banyak nak mampos memang la tak boleh handle dia punya rasa.Gua ingat kitorang kurang letak garam.Lepas tu nak alter rasa dia bagi sedap sket Stone bantai letak kari.Dasar orang utara punya Stone.Gua tak tau rasa apa bihun tu.Lepas tu Stone buat bijak pulak pergi kasi kat Anal Huda.Anal ajak siapa lagi tah makan.Memang kena kutuk kaw-kaw la.Seminggu gak la kena kutuk.Ke sampai hari ni?Hakhak.


Tapi yang paling legend lagi bila gua ngan Stone pergi beli itik.Apis Saad bagi duit rumah suruh beli ayam.Kitorang bantai beli itik kat Giant.Itik tu kitorang masak macam mana tah gua dah lupa.Tapi Apis Saad tak makan la.Tak lama lepas tu,sistem jadual penggiliran memasak kat rumah gua berkubur.Hakhak.Semua sebab gua ngan Stone masak itik.Apis Saad pun dah malas nak masak untuk kitorang.Lepas tu semua masak sendiri-sendiri.Siapa nak masak dia masak la.Bazroy ngan Pami Wo dah start scene makan luar pulak.Tapi gua still masak ngan Stone.Masak untuk kitorang dua orang je.Masa ni lagi gila Stone letak macam-macam dalam lauk.Bukan orang lain nak makan pun.Gua ngan dia je.Kadang-kadang kitorang sakit perut makan masakan sendiri.


p/s:Woi Stone,bet kita jadi tak?Bran tak bran?Hakhak.

7 comments:

  1. HAHAHAHAHAHHAA...
    bihun korang paling LEGEND..
    aku takkan lupa bihun korang..
    yg pasti, aku bleh bg nama Bihun Ntah pape..
    :P

    ReplyDelete
  2. mwahaha. gua manusia xbermasalah kot. pergh nos tahap gua boleh bc tiap2 pg sebelum tdo. hak hak.
    gua dh ready kot. jom la. the bet is on. smpai abs blajr sini ya. siapa kalah nnti kita fikir nk buat apa kt dia. xboleh ada scandal pn.

    ReplyDelete
  3. gua lupa nak tulis gua pernah bagi makanan ala2 Subway kat Bong.Pastu Bong balas ngan dadih.hakhak...

    bangeng Stone.x payah la lu nak describe bet kita kat sini.kantoi la samokh..

    ReplyDelete
  4. gua rase isu itik paling legend la bhai

    ReplyDelete
  5. gua rasa makanan scene memasak Seroja pertama yang gua makan paprik yang lu masak la Atok...hakhak,,,

    ReplyDelete
  6. adeh mn gua tau. haha. ok2. pergh paprik atok. dia blajr time kerja kdai mkn kn? haha

    ReplyDelete
  7. pergh,,,atok brader burger delima bai...
    lu kena ingat tu...
    hakhak

    ReplyDelete