Woi Setan,lu boleh tak jangan ajak kawan gua buat benda bukan-bukan.Sekali gua tinju muka lu macam Mark Wahlberg dalam The Fighter tau la lu.Dasar!
Friday, January 28, 2011
Monday, January 24, 2011
Rambut Cleopatra
rambut Cleopatra,
kemeja bunga-bunga,
kemeja bunga-bunga,
celana hitam sendat,
jalan cepat-cepat,
slingbag penuh buku,
mula hidup baru,
tinggal masa lepas,
yang buat kau lemas,
seluar jeans lusuh,
jarang-jarang basuh,
sarung singlet seksi,
kasi tayang body,
kasi tayang body,
baca novel inggeris,
jangan lupa keris,
pakai cermin mata,
bila salin nota,
jalan pegang tangan,
dengan teman-teman,
pakai lab coat putih,
nampak suci bersih,
nampak suci bersih,
hidup tempat kotor,
untuk jadi doktor,
jarang tegur sapa,
mungkin kita lupa,
selalu berjauhan,
mungkin kita segan,
tapi dalam hati,
kawan sampai mati,
apa orang kata,
kita tetap kita.
-6 November 2009-
Ni tulisan first gua.Saja je gua nak up kan kat blog ni.Kalau lu orang rasa pernah baca tu memang la.Sebab gua pernah suruh Farah Anis letak kat blog dia.Masa tu gua mana samokh berblogging lagi.Hakhak
Sunday, January 23, 2011
Friday, January 21, 2011
Jamilah Bahagian 3
Jamilah bahagian 3.Lu orang baca bahagian 2 dulu baru baca yang ni.Gua malas nak tulis panjang-panjang.So gua cut jadi dua bahagian.Nanti kalau panjang-panjang serabut. Hakhak.Gua bagi back to back entri kali ni.
Keadaan macam tu berlarutan gua tak ingat sampai berapa lama.Sepanjang arwah nenek gua sakit,banyak usaha dari keluarga kitorang nak ubatkan nenek gua.Bukanlah nak ubat bagi dia baik.Cuma tak nak bagi dia meraung dan merepek tak tentu hala.Dah macam kena rasuk pun ada gua tengok kadang-kadang.Banyak la ustaz,tok bomoh,dukun,anak murid ulamak yang ubatkan nenek gua ni.Semua ni anak-anak dia la yang carikan.Dari jauh dan dekat.Macam-macam cara ubat.Kadang-kadang gua sempat tengok sebab masa tu gua cuti.Kadang-kadang dia berubat masa gua dah balik Seroja.Kadang-kadang banyak hari,kadang-kadang sehari je.Ada yang bagi air tawar suruh buat mandi,ada yang jampi pakai daun pokok apa tah gua pun tak tau.Ada yang guna tepung konon-konon buang jin dalam badan,ada yang panggil budak-budak tahfiz mengaji berapa malam tah gua tak ingat.Tapi paling gila babi sekali gua dengar kena sembelih kambing hitam,lepas tu kena mandikan nenek gua tengah-tengah malam buta.Yang ni gua dengar je la sebab gua dah kat Seroja rasanya.Ada sekali tu gua tengok ustaz mana tah ubatkan nenek gua.Tiba-tiba nenek gua melawan.Nak tendang dia.Pakcik-pakcik gua yang ada kat situ dah pegang kaki nenek gua.Nenek gua maki dia.Nenek gua cakap ni nak membunuh bukan nak mengubat.
Banyak la diagnosis dari ustaz,tok bomoh,dukun,anak-anak murid ulamak ni semua.Ada yang kata nenek gua kena tumpang mambang air,ada yang kata nenek gua ada jin apa tah tumpang dalam badan dia.Ada yang kata nenek gua sendiri bela hantu.Macam-macam.Gua pun tak tau nak percaya yang mana satu.Tapi "mak" gua pernah alami sendiri la benda-benda mistik ni masa jaga arwah nenek gua.Gua takde kat rumah pulak masa tu.Pernah "mak" gua dengar masa nenek gua meraung tengah-tengah malam,ada suara menyahut dari bawah rumah.Setiap kali nenek gua meraung,ada suara macam suara burung yang kasar sambut dari bawah rumah.Diorang macam berborak bahasa yang tak difahami manusia.Lagi satu,"mak" gua pernah nampak kelibat nenek gua berjalan kat halaman rumah masa "mak" gua nak pergi amik buah kelapa."Mak" gua pelik la,berlari dia pergi kejar nenek gua.Tapi tiba-tiba kelibat nenek gua hilang.Bila "mak" gua naik atas rumah,nenek gua ada je terbaring kat tempat biasa.Ada jugak kejadian yang gua alami sendiri.Tapi gua tak dengar la bunyi macam burung ke apa.Ni gua rasa semua orang yang pernah jaga dan duduk dekat ngan nenek gua dengar.Dengar nenek gua bertasbih.Bukan ketika cinta bertasbih.Hakhak.
Arwah nenek gua orang alim kot masa zaman muda dia.Tu yang "mak" gua pelik sangat kenapa dia jadi macam meraung-raung bila tengah sakit.Patutnya dia tenang la bertasbih ke berzikir ke.Dia memang bertasbih.Tapi dia baca bacaan lain.Tangan dia kira butir tasbih tu tapi dia tak baca bacaan biasa.Dia macam baca mentera kejadah apa tah.Ni sumpah gua sendiri dengar.Makcik-makcik gua yang selalu duduk dekat ngan dia masa melawat dia pun dengar benda yang sama.Ada sekali ni,pakcik gua sorok tasbih nenek gua.Mengamuk macam orang gila dia cari tasbih tu.Nak tak nak terpaksa bagi jugak.Kemuncak arwah nenek gua sakit ni adalah bila dia berubat ngan sorang ustaz muda ni.Tak silap gua nama dia Ustaz Izuddin kot.Orang Berserah,Kuantan.Dia ni anak murid Ismail Kamus.Muda lagi orangnya.Tak sampai tiga puluh pun umur dia.Gua tengok muka dia memang tenang la.Gua ada masa dia ubatkan nenek gua sebab masa tu gua tengah cuti.Dia ubatkan nenek gua sehari je.Lepas habis ubatkan tu,dia pesan kat keluarga kitorang,ada benda menumpang kat nenek gua.Dia cakap kalau nenek gua meraung lagi call dia balik.Gua rasa dia ubatkan nenek gua hari Rabu.Esoknya gua tengok nenek gua dah tak meraung dah.Duduk senyap je.
Pastu hari Jumaat pagi.Gua baru lepas sarapan.Gua lepak kat tangga kejap.Nenek gua masa tu makcik gua yang bukan penghuni tetap rumah gua tengokkan.Makcik gua ni duduk kat Pekan jugak tapi dia tidur rumah gua sebab nak tolong jagakan nenek gua.Tiba-tiba dia menjerit panggil gua.Gua pun bergegas la lari kat dia.Dia suruh gua rasa nadi nenek gua.Gua rasa.Memang dah tak berdenyut.Tapi gua macam tak sure,gua rasa lagi.Dia tanya gua nenek gua dah takde ke?Gua tak terjawab.Pastu tetiba je "mak" gua,pakcik gua ngan makcik gua yang lagi sorang dah ada kat keliling.Gua tengok masing-masing dah berlinang air mata.Gua rasa masa macam berhenti.Gua tahan bagai nak gila air mata gua.Tapi tak mampu jugak.Pastu rumah gua jadi sibuk terus.Gua call siapa yang patut.Paling gua tak boleh lupa bila gua call kakak gua.Meraung dia masa gua call.Gua tak cakap banyak,terus gua letak telepon.Tau-tau dah ramai orang kat rumah gua.Semua orang buat kerja apa yang patut.Gua pergi masjid amik tempat mandikan mayat.Sekelip mata orang ramai gila kat rumah gua.Siap semua benda,arwah nenek gua pun dikebumikan kat kubur dekat ngan rumah gua selepas sembahyang Jumaat.
Tanggal 15 Mei 2009,gua kehilangan nenek tercinta,Hajjah Jamilah Bte Ngah.Seminggu gak gua makan tak habis masa tu.Kalau lu orang tanya Atok mesti dia tau sebab gua selalu makan ngan dia time tu.Gua rasa kehilangan gila babi.Tapi nak buat macam mana.Setiap yang hidup pasti akan mati.Itu janji Allah S.W.T.Gua harap roh nenek gua ditempatkan bersama dengan orang-orang yang dicucuri rahmat.Al-Fatihah.
Labels:
nostalgik dulu-dulu
Jamilah Bahagian 2
Seperti yang gua janjikan.Sambungan Jamilah.
p/s:Gua sambung bahagian ketiga lak.Penat sial nak tulis panjang-panjang.Hakhak
Gua sebenarnya tak tau camne hubungan gua ngan arwah nenek gua boleh jadi tak rapat.Kalau tak silap gua,sejak gua masuk matrik gua rasa gua dah jauh ngan nenek gua.Nenek gua masa tu dah sakit yang tak boleh bangun.Terlantar je atas tilam.Tapi perangai nak amik tau apa yang orang buat dan semua benda kena ikut kepala dia still nenek gua amalkan.Lagi satu,nenek gua ni banyak sangat pikir.Bila dia banyak pikir,malam-malam nenek gua tak boleh tidur.Bila ada anak-anak dia yang datang melawat dan bukak cerita sket,malam tu dia selalu tak boleh tidur.Pastu dia mesti tanya cerita tu berulang-ulang kali kat penghuni tetap rumah dia iaitu gua,makcik gua dan pakcik gua.Dalam kes ni,gua lagi sekali yang jadi mangsa.Kalau dia tanya makcik gua,selalunya makcik gua jawab tapi makcik gua akan marah dia supaya tak pikir sangat hal anak-anak dia yang lain.Kalau dia tanya pakcik gua selalunya pakcik gua akan cakap tak tau.So,dia terpaksa la tanya kat gua.Gua jawab je.Tapi bila dia tanya berkali-kali benda yang sama,gua kadang-kadang tinggi suara jugak.
Arwah nenek gua ni,bila dia rasa sakit dia akan meraung-raung.Dia macam marahkan rasa sakit tu.Dia selalu la bergaduh ngan makcik gua yang gua panggil "mak" tu.Bila dia meraung,"mak" gua akan counter balik."Mak" gua cakap kalau sakit mengucaplah.Ingat kat Allah.Mula-mula dia ikut jugak,tapi lama-lama dia macam bosan.Asal dia sakit je dia meraung."Mak" gua pulak jenis yang suka melawan.So,tiap-tiap hari kat rumah tu akan ada pertengkaran antara arwah nenek gua yang suka meraung ngan "mak" gua yang akan suruh dia mengucap.Pakcik gua selalunya buat bodoh je.Makcik gua yang sorang lagi tu pun buat bodoh jugak.Tapi kadang-kadang selalu jugak pakcik gua pergi duduk dekat sebelah dia.Mengaji Quran,borak-borak ngan dia.Gua masa tu kalau balik cuti je akan face dengan keadaan camtu.Gua kalau balik cuti masa kat MSU tu mana keluar rumah sangat.Semua tu sebab gua nak tolong makcik gua jaga arwah nenek gua.Yelah,makcik gua pun dah tua jugak.Memang train gua punya sabar la jaga arwah nenek gua sakit.Dia just nak gua ada je duduk kat tepi dia je.Kalau dia dah tau gua ada kat rumah tu cuti,susah sket la gua nak keluar gi mana-mana.Gua baru keluar kejap je dia mesti dah bising.
Dia just nak gua duduk tepi dia borak-borak.Gua kalau mula-mula balik tu boleh la duduk sebelah dia berborak.Tapi bila dah tiga empat hari gua rasa bosan.Dengan dia yang banyak tanya,pastu nak explain kat dia bagi paham,dengan keadaan dia yang tak dengar tu,gua rasa susah nak bercommunicate ngan dia.Ego jiwa anak muda gua selalu je menghalang gua dari terus duduk kat sebelah nenek gua.Gua akan pergi buat kerja sendiri.Tapi gua selalu jugak la bawak nenek gua pergi kencing ngan berak dalam bilik air.Tu dah memang jadi kerja gua la kalau gua balik cuti.Nenek gua punya ultimate adalah dia punya raungan tu.Desibel dia memang tinggi tanpa mengira siang atau malam.Masa awal-awal dia sakit raungan dia tak adalah kerap sangat gua rasa.Tapi bila dah masuk tahun kedua ketiga tu gua rasa raungan dia makin menjadi-jadi.Malam-malam kalau dia sakit memang satu rumah la tak tidur."Mak" gua la selalu jadi mangsa.Boleh pulak diorang bergaduh pagi-pagi buta tu.Kadang-kadang pakcik gua bangun,kadang-kadang gua pun bangun sekali.Kitorang selalunya akan baca Yassin ataupun baca Quran nak bagi dia tenang sket.Tapi selalunya dia tak berhenti meraung pun sampailah dia tertidur penat.
Makin lama sakit arwah nenek gua makin teruk.Kadang-kadang dia boleh meraung non stop sampai setengah jam.Pastu bila dia bergaduh ngan "mak" gua,dia boleh naik angin tiba-tiba.Dia seolah-olah nak marahkan Tuhan sebab sakit dia tu.Meraung-raung,meronta-ronta.Arwah nenek gua ni kalau bergaduh ngan "mak" gua boleh drag sampai jadi worst.Lu orang bayangkan dia boleh lempang "mak" gua bila dia marah sangat "mak" gua ni suruh dia mengucap.Kadang-kadang dia boleh maki "mak" gua sampai keluar perkataan anak gampang kat "mak" gua.Menangis la "mak" gua.Bila jadi camtu,gua selalu akan jadi blur tak tau nak sebelahkan siapa.Selalu gua cakap kat "mak" gua kalau arwah nenek gua meraung,menjerit semua biar jelah.Dengar je.Tapi "mak" gua ni pun sama degilnya dengan arwah nenek gua.Kerja nak melawan je.Mana la tak marah orang tua tu.Gua sebenarnya tertekan jugak bila masa cuti gua terpaksa gua face ngan mendengar pertengkaran,raungan dan jeritan setiap hari.Tapi lama-lama gua dah lali dah.Gua akan cuba jugak tolong mana yang patut supaya keadaan tak jadi lagi worst."Mak" gua pun selalu mengadu kat gua.Kenapalah anak-anak arwah nenek gua yang lain jarang sangat balik rumah.Seolah-olah macam "mak" gua ngan pakcik gua je yang jaga arwah nenek gua.
Labels:
nostalgik dulu-dulu
Siri Bercakap Dengan Bapak Gua
Bapak gua:Belajar OK?
Gua:OK...
Bapak gua:Duit ada?Nak duit tak?
Gua:Ada,tapi kalau nak bagi boleh jugak...
Bapak gua:Nak berapa?100?200?
Gua:Tah,tak kesah,ikutlah...
Gua:OK...
Bapak gua:Duit ada?Nak duit tak?
Gua:Ada,tapi kalau nak bagi boleh jugak...
Bapak gua:Nak berapa?100?200?
Gua:Tah,tak kesah,ikutlah...
Gua rasa beberapa tahun kebelakangan ni,dialog kat atas ni jelah yang gua borak ngan bapak gua.Tiap-tiap kali gua jumpa dia pun basic perbualan kitorang mesti macam kat atas ni.Kadang-kadang adalah sket bertambah benda yang gua borak ngan dia.Berkurang tak pernah la.Kalau berkurang maknanya tak bercakap dah gua ngan bapak gua.Gua ingat lepas ni nak kawin la.Hakhak.Baru banyak sket benda nak borak ngan bapak gua.Mesti bapak gua tanya,"Bini lu sihat?","Anak lu amacam?","Susu anak dah beli?","Anak lu ni ikut muka lu la."Hakhak.Apa ada hal?
Labels:
cerita masa sekarang
Wednesday, January 19, 2011
Jamilah
Jamilah Bte Ngah adalah arwah nenek gua.Nenek belah bapak gua.Nenek yang jaga gua dari kecik sampai la gua meningkat remaja.Sampai la gua kenal dunia.Mengikut cerita yang sampai kat telinga gua ni,sejak gua lahir lagi,arwah nenek gua dah jaga gua.Mak gua masa tu kerja kilang kayu kat Bukit Ibam.So,dia macam takde masa sangat nak jaga gua.Dia pun hantar la gua pergi rumah arwah nenek gua.Bapak gua pulak masa tu adalah seorang cikgu Matematik kat Sekolah Kebangsaan Bukit Ibam.Gua tak kesah pun siapa yang jaga gua sebenarnya.Janji gua punya makan pakai cukup dah la.Sebenarnya bukanlah nenek gua yang jaga gua sangat pun.Yang banyak jaga gua adalah kakak bapak gua iaitu makcik gua.Tapi makcik ni pun gua panggil "mak" jugak.So,kiranya gua ni ada dua orang mak la.Tapi tu cerita lain,nanti la gua cerita.Nanti lu orang pening.Tu belum masuk adik-beradik campuran gua lagi.Skang ni gua nak cerita pasal hubungan gua ngan arwah nenek gua dulu.
Hubungan gua ngan arwah nenek gua ni special la bagi gua.Banyak moment yang gua ingat lagi sampai hari ni.Masa gua kecik,gua belajar mengaji ngan nenek gua.Nenek gua memang secara tradisinya mengajar cucu-cucu dia mengaji.Seingat gua la,masa sesi gua ada tiga orang jadi anak murid dia.Gua ngan dua orang lagi sepupu gua.Nenek gua punya garang memang boleh bawak terkencing dalam seluar.Tambah pulak ngan rotan dia yang panjang tu,memang complete pakej la.Zaapppp!!!bunyi rotan dia pukul ke lantai kalau kitorang salah bacaan ataupun salah tajwid.Memang boleh menangis la kalau kitorang baca macam bangang haritu.Dia akan basuh kitorang kaw-kaw punya kalau kitorang banyak buat salah.Gua pun kadang-kadang jatuh air mata jugak kena ngan dia.Tapi sesi mengaji ni gua rasa best sebab kadang-kadang tu nenek gua selitkan jugak ngan cerita Nabi-Nabi,bacaan dalam sembahyang ngan maksud dia,bacaan doa.Gua rasa banyak jugak benda yang dia ajar melekat dalam kepala gua sampai harini.Gua rasa berterima kasih sangat kat arwah nenek gua atas didikan agama yang dia bagi pada gua.Walaupun semua tu asas je tapi gua still rasa benda tu penting untuk orang yang mudah hanyut macam gua ni.
Arwah nenek gua ni macam satu figure yang kuat la dalam keluarga dia.Apa yang dia cakap semua orang kena dengar.Termasuk la gua.Apa gila gua nak melawan cakap orang tua kan.Nak masuk neraka ke apa?Dekat rumah arwah nenek gua ada lima orang penghuni tetap termasuk gua.Nenek gua,pakcik gua,dua orang makcik gua dan last skali gua.Kat rumah tu nenek gua je yang pernah merasa nikmat perkahwinan.Pakcik gua tak kawin sampai skang sebab nak jaga mak dia.Kakak kepada dia yang gua panggil "mak" tu pun tak kawin jugak.Gua rasa atas reason yang sama jugak kot.Makcik gua yang sorang lagi tu adalah anak sedara nenek gua.Nenek gua bela dia lepas mak bapak dia meninggal dunia.Dia pun tak kawin jugak.Arwah nenek gua boleh tahan rajin la,tak padan ngan usia dia yang gua sendiri pun tak tau berapa.Berkebun,menebas,mencangkul,memongkes.Jenis yang tak boleh duduk diam.Ada je kerja dia nak buat.Makcik ngan pakcik gua selalu je larang dia buat kerja-kerja berat tapi biasalah orang tua,mestilah degil.So,malam-malam gua la jadi mangsa.Nenek gua selalu suruh gua urut dia.Gua urut jela sebab seronok kot urut orang.Tapi sakit sket la tangan gua sebab badan dia tulang je takde isi.
Arwah nenek gua ni ada masalah pendengaran sket.Kalau nak cakap ngan dia kena cakap kuat-kuat.Lagi satu,dia mesti nak tau dan faham apa yang kitorang bualkan.Macam kalau dia nampak gua tengah berborak ngan makcik gua.Dia akan tanya kitorang tengah borak apa.Tapi nak bagitau apa yang kitorang borak tu memang seksa la dengan keadaan dia yang tak dengar camtu.Terpaksa memekik berkali-kali supaya dia dengar dan faham.Tu yang gua kadang-kadang tipu je dia apa yang gua borak.Dah banyak gua tipu dia rasanya.Menyesal pulak gua rasa skang ni.Paling gua ingat sekali bila gua dapat masuk SDAR,tiap kali gua nak balik asrama je dia mesti menangis hantar gua turun dari rumah.Dari gua form 1 sampai la gua form 5.Tiap kali gua salam ngan dia,cium pipi dia,dia mesti tengah menangis.Masa awal-awal tu ngan gua skali menangis.Hakhak.Naik form 2 gua dah boleh handle dah.Dia je yang menangis.Dia takde pun pesan belajar betul-betul kat gua.Yang dia pesan tiap kali gua nak balik asrama adalah,"Sembahyang jangan tinggal,baca Quran selalu."
p/s:Panjang lagi sebenarnya cerita ni.Nanti la gua sambung.Sambungan dia sedih sket.Cerita pasal camne hubungan gua ngan nenek gua berubah,cerita pasal sakit nenek gua dan camne nenek gua meninggal dunia yang mana gua sendiri rasa nadi dia.Tau-tau dia dah takde.
Arwah nenek gua ni macam satu figure yang kuat la dalam keluarga dia.Apa yang dia cakap semua orang kena dengar.Termasuk la gua.Apa gila gua nak melawan cakap orang tua kan.Nak masuk neraka ke apa?Dekat rumah arwah nenek gua ada lima orang penghuni tetap termasuk gua.Nenek gua,pakcik gua,dua orang makcik gua dan last skali gua.Kat rumah tu nenek gua je yang pernah merasa nikmat perkahwinan.Pakcik gua tak kawin sampai skang sebab nak jaga mak dia.Kakak kepada dia yang gua panggil "mak" tu pun tak kawin jugak.Gua rasa atas reason yang sama jugak kot.Makcik gua yang sorang lagi tu adalah anak sedara nenek gua.Nenek gua bela dia lepas mak bapak dia meninggal dunia.Dia pun tak kawin jugak.Arwah nenek gua boleh tahan rajin la,tak padan ngan usia dia yang gua sendiri pun tak tau berapa.Berkebun,menebas,mencangkul,memongkes.Jenis yang tak boleh duduk diam.Ada je kerja dia nak buat.Makcik ngan pakcik gua selalu je larang dia buat kerja-kerja berat tapi biasalah orang tua,mestilah degil.So,malam-malam gua la jadi mangsa.Nenek gua selalu suruh gua urut dia.Gua urut jela sebab seronok kot urut orang.Tapi sakit sket la tangan gua sebab badan dia tulang je takde isi.
Arwah nenek gua ni ada masalah pendengaran sket.Kalau nak cakap ngan dia kena cakap kuat-kuat.Lagi satu,dia mesti nak tau dan faham apa yang kitorang bualkan.Macam kalau dia nampak gua tengah berborak ngan makcik gua.Dia akan tanya kitorang tengah borak apa.Tapi nak bagitau apa yang kitorang borak tu memang seksa la dengan keadaan dia yang tak dengar camtu.Terpaksa memekik berkali-kali supaya dia dengar dan faham.Tu yang gua kadang-kadang tipu je dia apa yang gua borak.Dah banyak gua tipu dia rasanya.Menyesal pulak gua rasa skang ni.Paling gua ingat sekali bila gua dapat masuk SDAR,tiap kali gua nak balik asrama je dia mesti menangis hantar gua turun dari rumah.Dari gua form 1 sampai la gua form 5.Tiap kali gua salam ngan dia,cium pipi dia,dia mesti tengah menangis.Masa awal-awal tu ngan gua skali menangis.Hakhak.Naik form 2 gua dah boleh handle dah.Dia je yang menangis.Dia takde pun pesan belajar betul-betul kat gua.Yang dia pesan tiap kali gua nak balik asrama adalah,"Sembahyang jangan tinggal,baca Quran selalu."
p/s:Panjang lagi sebenarnya cerita ni.Nanti la gua sambung.Sambungan dia sedih sket.Cerita pasal camne hubungan gua ngan nenek gua berubah,cerita pasal sakit nenek gua dan camne nenek gua meninggal dunia yang mana gua sendiri rasa nadi dia.Tau-tau dia dah takde.
Labels:
nostalgik dulu-dulu
Sunday, January 16, 2011
Orang Berbunga,Dia Berbunga
Air keruh semakin keruh,
Musim kemarau semakin panjang,
Hatiku gundah bertambah rusuh,
Kerana risau menunggu abang.
Pohon buluh berwarna kuning,
Tegak berdiri banyak daunnya,
Kerana adik sudah berpaling,
Badanku kurus menanggung duka.
p/s:Pantun kat atas ni gua amik dari slide presentation Bahasa Melayu group Pue masa kita buat short sem kat MSU dulu.Nasib baik gua tak amik slide group gua.Kalau tak masak lu orang gua sekolahkan pasal sintaksis.Hakhak.
Labels:
pantun la pulak
Saturday, January 15, 2011
Blog Abang Gua
Brader ni gua dah anggap dia macam abang gua.Susah senang kita bersama.Mengharungi badai,merentas lautan bergelora,bermandi hujan,berjemur di bawah terik matahari,menggenggam bara api.Hakhak.Oleh itu,gua mempersembahkan,blog Farid.
p/s:Farid gua promote blog lu ni.Payung la Nando's.Hakhak.
Labels:
cerita masa sekarang
Friday, January 14, 2011
Scene Memasak Seroja
Dah lama gua tak menulis pasal scene Seroja.Gua malas sebenarnya nak up kan entri panjang-panjang ni.Buang masa study gua je.Tapi disebabkan ada request,gua yang baru bangun tidur dengan muka serabai gila babi ni tulis gak la.Kesian pulak orang meminta kan.Gua tak boleh kalau ada request ni.Rasa nak bagi je.Ok skang gua nak tulis pasal scene memasak Seroja.Scene memasak bagi gua la,scene memasak lu orang mana gua nak tau.Scene memasak lu orang tulis la kat blog lu orang sendiri.Bila cakap pasal scene memasak gua,secara automaticnya,Stone adalah individu yang perlu disebut jugak.Yelah,dah gua kalau memasak je mesti dengan Stone.Stone dah macam sparring partner gua.Kitorang kira macam Double Dragon la.Kalau lu orang nak bagi Double Trouble pun gua terima je.Gua takde masalah kot.Gua manusia tak bermasalah.Ye dak Stone?Hakhak.
Masa awal-awal masuk Seroja circa 2006 tak silap gua,gua memang sepatah haram tak tahu masak apa-apa.Setakat masak meggi,masak air ngan goreng telur boleh la.Stone pulak gua rasa sama je.Walaupun bapak dia buat catering.Lu orang tau rempah jenama Brahim's tak?Gua rasa tu bapak Stone yang punya.Tapi Stone sampai skang tak mengaku.Humble gila Stone ni.Bagus budaknya.Disebabkan nak jimat dan dengan kehadiran dapur gas kat rumah gua di 26-2-4,Apartmen Seroja,gua pun join la scene memasak ni.Awal-awal rumah gua sistem pemasakan ni dibahagikan mengikut pair.Dua orang akan berganding bahu masak untuk semua orang makan.Setiap pair akan masak untuk dua hari dalam seminggu dan akan ada satu hari free yang ikut suka hati siapa yang nak masak hari tu.Biasanya kitorang akan masak waktu malam je sebab siang makan dekat kolej.Macam gua cakap tadi,gua partner ngan Stone,Bazroy partner ngan Pami Wo dan last sekali Pije partner ngan Apis Saad.
Macam mana la gua boleh partner ngan Stone pun gua tak tau.Mungkin masa tu gua selalu usya awek ngan Stone agaknya.So,dipendekkan cerita scene memasak Seroja bagi gua dan budak-budak rumah gua pun bermula.Awal-awal nak masak ni semua jadi excited.Semua message budak-budak pompuan mintak resepi la bagai.Tanya mak pun ada jugak.Gua la yang tanya mak tu,gua tak into sangat nak tanya-tanya pompuan ni.Yang tanya pompuan tu of course la Stone.Masa ni kitorang banyak mendapat tunjuk ajar daripada Apis Saad.Apis Saad kira master la dalam scene memasak ni.Pije seronok la dapat partner ngan Apis Saad.Senang kerja dia.Gua ngan Stone pulak selalu termehek-mehek kat dapur bila tiba turn kitorang.Gua ingat lagi masa ni,nak masak nasik pun gua fail walaupun guna ricecooker.Apis Saad yang ajar gua nak sukat air semua.Petua Apis Saad gua ingat dan amalkan sampai sekarang.Apis Saad kata masa basuh beras tu baca selawat sekali.Baru menaik.
Selalunya gua akan masak satu lauk dan akan ditambah ngan lauk lain hasil kerja tangan Stone.Gua selalu masak daging,ayam ngan udang camtu la.Stone pulak akan masak sayur.Stone selalu jugak komplen kat gua kenapa dia selalu kena masak sayur je.Dia cakap dia nak develop skill memasak dia.So,dia kena jugak masak ayam,daging ngan udang.Kadang-kadang gua swicth la ngan dia.Gua takde masalah pun.Gua manusia tak bermasalah kot.Ye dak Stone?Kadang-kadang apa yang kitorang masak sedap,kadang-kadang rasa apa pun gua susah nak describe.Sebab bila bekerja ngan Stone kat dapur memang boleh hilang kawalan.Rasa nak letak macam-macam dalam masakan.Apa yang ada kat dapur kitorang campak je dalam kuali.Paling gua ingat Stone masak sayur letak mayonnaise.Tapi sedap bai.Disebabkan kitorang semua lelaki,sedap tak sedap bantai je.Bak kata Pije sambil bagi nada confident, "Bantai jo."
Itu belum kira gua punya letak lagi.Seingat gua,gua ada letak milo sket dalam lauk.Tapi gua tak ingat dah lauk apa.Stone la yang induce gua.Letak milo,letak kari,letak kas-kas,letak sos tiram,letak kicap,letak mayo,letak sos,letak mustard.Semua yang boleh letak kitorang letak.Bosan masak nasik,kitorang masak mee.Bosan masak mee,kitorang masak pulak bihun.Tu yang keluar bihun legend rasa kari tu.Gila lu,masak bihun dua bungkus.Banyak nak mampos memang la tak boleh handle dia punya rasa.Gua ingat kitorang kurang letak garam.Lepas tu nak alter rasa dia bagi sedap sket Stone bantai letak kari.Dasar orang utara punya Stone.Gua tak tau rasa apa bihun tu.Lepas tu Stone buat bijak pulak pergi kasi kat Anal Huda.Anal ajak siapa lagi tah makan.Memang kena kutuk kaw-kaw la.Seminggu gak la kena kutuk.Ke sampai hari ni?Hakhak.
Tapi yang paling legend lagi bila gua ngan Stone pergi beli itik.Apis Saad bagi duit rumah suruh beli ayam.Kitorang bantai beli itik kat Giant.Itik tu kitorang masak macam mana tah gua dah lupa.Tapi Apis Saad tak makan la.Tak lama lepas tu,sistem jadual penggiliran memasak kat rumah gua berkubur.Hakhak.Semua sebab gua ngan Stone masak itik.Apis Saad pun dah malas nak masak untuk kitorang.Lepas tu semua masak sendiri-sendiri.Siapa nak masak dia masak la.Bazroy ngan Pami Wo dah start scene makan luar pulak.Tapi gua still masak ngan Stone.Masak untuk kitorang dua orang je.Masa ni lagi gila Stone letak macam-macam dalam lauk.Bukan orang lain nak makan pun.Gua ngan dia je.Kadang-kadang kitorang sakit perut makan masakan sendiri.
p/s:Woi Stone,bet kita jadi tak?Bran tak bran?Hakhak.
Labels:
nostalgik dulu-dulu
Erti Sahabat
Sahabat itu ertinya berkasih sayang sehingga akhir usia,
Tanpa kau siapalah aku,
Tanpa aku engkau kecewa,
Kalau hari ini kita bersengketa,
Aku tak lupa kau yang beri tunjuk ajar sebelumnya,
Aku tak lupa kau yang nyalakan pelita,
Aku tak lupa kita sama berduka,
Kau seperti tiang seri di rumah usangku,
Tanpa kau aku tersungkur...
Puisi raw yang gua tak edit sket pun.Bukan gua punya puisi la.Ada orang bagi.Dari sahabat kepada sahabat untuk sahabat.
Labels:
puisi pantas pendek
Wednesday, January 12, 2011
Saturday, January 8, 2011
Tempat Jatuh Lagikan Dikenang
aku lihat dia tersenyum gembira,
seperti terpancar sinar dari wajahnya,
aku harap dia akan terus bahagia,
moga dia ketemu apa yang dicarinya.
p/s:Gua ingat nak mula menulis novel pulak la.Hakhak...
Labels:
cerita masa sekarang
Wednesday, January 5, 2011
Aku yang Menipu Tuhanku
Ini kisah tentang aku dengan Tuhanku,
Kisah aku yang telah banyak menipu Tuhanku,
Aku kata aku cinta Tuhanku Yang Maha Satu,
Tapi cinta dari seorang gadis juga yang aku tunggu,
Aku ikrar mengerjakan suruhanMu dan meninggalkan laranganMu,
Tapi terlalu kerap sebaliknya pula yang berlaku,
Aku janji tak akan tinggal sembahyang lima waktu,
Tapi bila keluar rumah sembahyang pun aku catu,
Aku mengaku bahawa seluruh alam di bawah kuasaMu,
Tapi aku takut bila dimomok-momokkan dengan cerita hantu,
Aku mengaku bahawa seluruh alam di bawah kuasaMu,
Tapi aku takut bila dimomok-momokkan dengan cerita hantu,
Aku nekad mahu tutup aurat setiap waktu,
Tapi bila bersukan aku dengan bangga tayang bulu,
Aku baca Al-Quran setiap malam dari Ahad hingga Sabtu,
Tapi bila sunyi sorang-sorang aku pun buka "blue",
Aku hafal maksud bacaan untuk khusyuk dalam sembahyangku,
Tapi sampai sekarang aku masih sembahyang laju-laju,
Aku yakin semuanya halal makan dan minumku,
Tapi aku hisap rokok merosakkan paru-paru,
Aku pernah bertaubat kepadaMu takkan mengulangi dosa itu,
Tapi aku masih tewas dengan hasutan syaitan dan hawa nafsu,
Ya Allah Ya Tuhanku,ampunilah dosa aku,
Terlalu banyak dosa aku menipuMu,
Aku sangat malu kepadaMu,
Bimbinglah aku menuju ke jalanMu,
Ikhlaskanlah hati aku memujaMu,
Supaya semua perkara ini tidak lagi berlaku,
Lembutkanlah hati aku yang sekeras batu,
Kerana aku mahu balasan syurgaMu.
- 6 Januari 2011-
Labels:
puisi gua
Monday, January 3, 2011
Romeo Juliet
"It's more than life" - Bill Shankly
Movie kat atas ni gua tengok kira-kira setahun yang lepas.Malam tadi gua tengok lagi sekali.Feel dia masih sama.Celaka!
Labels:
movie best
Subscribe to:
Posts (Atom)