Jamilah bahagian 3.Lu orang baca bahagian 2 dulu baru baca yang ni.Gua malas nak tulis panjang-panjang.So gua cut jadi dua bahagian.Nanti kalau panjang-panjang serabut. Hakhak.Gua bagi back to back entri kali ni. 
Keadaan  macam tu berlarutan gua tak ingat sampai berapa lama.Sepanjang arwah  nenek gua sakit,banyak usaha dari keluarga kitorang nak ubatkan nenek  gua.Bukanlah nak ubat bagi dia baik.Cuma tak nak bagi dia meraung dan  merepek tak tentu hala.Dah macam kena rasuk pun ada gua tengok  kadang-kadang.Banyak la ustaz,tok bomoh,dukun,anak murid  ulamak yang  ubatkan nenek gua ni.Semua ni anak-anak dia la yang carikan.Dari jauh  dan dekat.Macam-macam cara ubat.Kadang-kadang gua sempat tengok sebab  masa tu gua cuti.Kadang-kadang dia berubat masa gua dah balik  Seroja.Kadang-kadang banyak hari,kadang-kadang sehari je.Ada yang bagi  air tawar  suruh buat mandi,ada yang jampi pakai daun pokok apa tah gua  pun tak tau.Ada yang guna tepung konon-konon buang jin dalam badan,ada  yang panggil budak-budak tahfiz mengaji berapa malam tah gua tak  ingat.Tapi paling gila babi sekali gua dengar kena sembelih kambing  hitam,lepas tu kena mandikan nenek gua tengah-tengah malam buta.Yang ni  gua dengar je la sebab gua dah kat Seroja rasanya.Ada sekali tu gua  tengok ustaz mana tah ubatkan nenek gua.Tiba-tiba nenek gua melawan.Nak  tendang dia.Pakcik-pakcik gua yang ada kat situ dah pegang kaki nenek  gua.Nenek gua maki dia.Nenek gua cakap ni nak membunuh bukan nak  mengubat.
Banyak la diagnosis  dari ustaz,tok bomoh,dukun,anak-anak murid ulamak ni semua.Ada yang  kata nenek gua kena tumpang mambang air,ada yang kata nenek gua ada jin  apa tah tumpang dalam badan dia.Ada yang kata nenek gua sendiri bela  hantu.Macam-macam.Gua pun tak  tau nak percaya yang mana satu.Tapi "mak"  gua pernah alami sendiri la benda-benda mistik ni masa jaga arwah nenek  gua.Gua takde kat rumah pulak masa tu.Pernah "mak" gua dengar masa  nenek gua meraung tengah-tengah malam,ada suara menyahut dari bawah  rumah.Setiap kali nenek gua meraung,ada suara macam suara burung yang  kasar sambut dari bawah rumah.Diorang macam berborak bahasa yang tak  difahami manusia.Lagi satu,"mak" gua pernah nampak kelibat nenek gua  berjalan kat halaman rumah masa "mak" gua nak pergi amik buah  kelapa."Mak" gua pelik la,berlari dia pergi kejar nenek gua.Tapi  tiba-tiba kelibat nenek gua hilang.Bila "mak" gua naik atas rumah,nenek  gua ada je terbaring kat tempat biasa.Ada jugak kejadian yang gua alami  sendiri.Tapi gua tak dengar la bunyi macam burung ke apa.Ni gua rasa  semua orang yang pernah jaga dan duduk dekat ngan nenek gua  dengar.Dengar nenek gua bertasbih.Bukan ketika cinta bertasbih.Hakhak.  
Arwah  nenek gua orang alim kot masa zaman muda dia.Tu yang "mak" gua pelik  sangat kenapa dia jadi macam meraung-raung bila tengah sakit.Patutnya  dia tenang la bertasbih ke berzikir ke.Dia memang bertasbih.Tapi dia  baca bacaan lain.Tangan dia kira butir tasbih tu tapi dia tak baca  bacaan biasa.Dia macam baca mentera kejadah apa tah.Ni sumpah gua  sendiri dengar.Makcik-makcik gua yang selalu duduk dekat ngan dia masa  melawat dia pun dengar benda yang sama.Ada sekali ni,pakcik gua sorok  tasbih nenek gua.Mengamuk macam orang gila dia cari tasbih tu.Nak tak  nak terpaksa bagi jugak.Kemuncak arwah nenek gua sakit ni adalah bila  dia berubat ngan sorang ustaz muda ni.Tak silap gua nama dia Ustaz  Izuddin kot.Orang Berserah,Kuantan.Dia ni anak murid Ismail Kamus.Muda  lagi orangnya.Tak sampai tiga puluh pun umur dia.Gua tengok muka dia  memang tenang la.Gua ada masa dia ubatkan nenek gua sebab masa tu gua  tengah cuti.Dia ubatkan nenek gua sehari je.Lepas habis ubatkan tu,dia  pesan kat keluarga kitorang,ada benda menumpang kat nenek gua.Dia cakap  kalau nenek gua meraung lagi call dia balik.Gua rasa dia ubatkan nenek gua hari Rabu.Esoknya gua tengok nenek gua dah tak meraung dah.Duduk senyap je.
Pastu  hari Jumaat pagi.Gua baru lepas sarapan.Gua lepak kat tangga  kejap.Nenek gua masa tu makcik gua yang bukan penghuni tetap rumah gua  tengokkan.Makcik gua ni duduk kat Pekan jugak tapi dia tidur rumah gua  sebab nak tolong jagakan nenek gua.Tiba-tiba dia menjerit panggil  gua.Gua pun bergegas la lari kat dia.Dia suruh gua rasa nadi nenek  gua.Gua rasa.Memang dah tak berdenyut.Tapi gua macam tak sure,gua  rasa lagi.Dia tanya gua nenek gua dah takde ke?Gua tak terjawab.Pastu  tetiba je "mak" gua,pakcik gua ngan makcik gua yang lagi sorang dah ada  kat keliling.Gua tengok masing-masing dah berlinang air mata.Gua rasa  masa macam berhenti.Gua tahan bagai nak gila air mata gua.Tapi tak mampu  jugak.Pastu rumah gua jadi sibuk terus.Gua call siapa yang patut.Paling gua tak boleh lupa bila gua call kakak gua.Meraung dia masa gua call.Gua  tak cakap banyak,terus gua letak telepon.Tau-tau dah ramai orang kat  rumah gua.Semua orang buat kerja apa yang patut.Gua pergi masjid amik  tempat mandikan mayat.Sekelip mata orang ramai gila kat rumah gua.Siap  semua benda,arwah nenek gua pun dikebumikan kat kubur dekat ngan rumah  gua selepas sembahyang Jumaat.
Tanggal 15 Mei 2009,gua kehilangan nenek tercinta,Hajjah Jamilah Bte Ngah.Seminggu gak gua makan tak habis masa tu.Kalau lu orang tanya Atok mesti dia tau sebab gua selalu makan ngan dia time tu.Gua rasa kehilangan gila babi.Tapi nak buat macam mana.Setiap yang hidup pasti akan mati.Itu janji Allah S.W.T.Gua harap roh nenek gua ditempatkan bersama dengan orang-orang yang dicucuri rahmat.Al-Fatihah.
Sedihhhhhhhhhhhhhhhh...
ReplyDeletetetibe rindu nenek aku..=(
Semoga pnjg umur nenek aku..
semoga roh nenek ko dicucuri rahmat Allah..
Amin
Al-Fatihah. gua ingt doe pasl berubat tu, lu penah cta kt seroja dlu.
ReplyDeletemula2 rasa seram.pastu tukar sedih lak.bercampur baur.Al-fatihah.
ReplyDeletehakhak...
ReplyDeletebercampur baur,,,
comment pn ko...
hakhak