Aku lihat dia dari jauh.Dia tidak perasan aku memandangnya.Jarak antara kami seperti dipisahkan oleh jalan dua hala.Dia sibuk dengan kerja-kerja wanitanya.Aku nekad kali ini.Aku mahu masuk ke dalam hatinya,mahu tahu apa isi hatinya.Mengapa hatinya keras seperti batu?Lalu aku telan pil pengecil dan memakai buluh terbang di kepalaku.
Aku terbang masuk ke dalam lubang hidungnya.Gelap,bagai dalam hutan simpan yang penuh dengan lapisan pokok.Aku pantas mencari jalan menuju ke hatinya.Tempat yang memang diidam-idamkan oleh aku untuk bertakhta di situ.Dari jauh aku nampak hatinya begitu cantik sekali.Seperti sebiji bola kristal yang terang memancarkan refleksi cahaya.Silau mataku dek penangan cahaya itu.Aku mengeluarkan Rayban dari poketku lalu memakainya.
Namun kehadiran aku disedari oleh naga berkepala tiga yang tiba-tiba keluar dari dalam perutnya.Naga tersebut cuba menerkam aku.Berbekalkan ilmu silat di dada,aku mengelak terkaman naga itu.Aku mengeluarkan pedang pusaka arc saber 10 lalu bertarung dengan naga tersebut.Tujuh hari tujuh malam kami bertarung sebelum aku berjaya mencantas ketiga-tiga kepalanya yang jijik itu.
Tiada halangan lagi kini,aku akan masuk ke dalam hatinya.Jika ada perkara yang boleh aku ubah,akan aku ubah supaya aku dapat bertakhta dalam hatinya.Aku buka tombol pintu hatinya.Pintu hatinya juga cantik,penuh dengan ukiran bermotifkan dedaunan.Aku melangkah dengan penuh hati-hati.Mana tahu jika ada perangkap yang dia pasang untuk menjaga hatinya dari dicerobohi oleh aku.
Kosong.Aku tidak menjumpai apa-apa dalam hatinya kecuali ruang putih yang kosong.Aku buntu.Tiba-tiba aku perasan ada satu bilik kecil di suatu sudut dalam hatinya.Aku masuk ke dalam bilik itu.Di dalam bilik itu aku lihat dia duduk di atas kerusi sambil menonton tv.Dan aku terkejut apabila dia menonton rancangan Teletubbies berulang-ulang kali.Celaka!
p/s:Gua ingat nak jadi cam lu la Sakok.Hakhak
p/s:Gua ingat nak jadi cam lu la Sakok.Hakhak
teletubbies 'in' pe?
ReplyDeletedulu-dulu ako pn layan teletubbies...
ReplyDeletehakhak,,,'in' gila babi