Seingat gua la,zaman ni gua ngan Stone baru je berjinak-jinak dalam scene jogging pusing Seroja.Gua bukan into sangat nak jogging-jogging ni.Macam awek-awek je gua rasa.Gua setakat main bola tu boleh la.Tapi gua kesian kat Stone.Hari-hari ajak gua teman.Stone la beriya-iya sangat nak kurus.Malu kena kutuk dengan kawan la,tak macho la.Tu antara reason yang Stone bagi nak pujuk gua supaya gua teman dia jogging.
Maka,pada satu hari ni kitorang pun decide la nak start jogging.Gua memang takde pengalaman jogging langsung.Dah berapa tahun tak berlari.Seingat gua la last skali gua lari masa rentas desa sekolah menengah dulu.Tu pun gua tak berlari.Gua jalan je sepanjang trek.Siap bertanding ngan member gua siapa yang dapat last.Sampai-sampai garisan penamat kena maki dengan cikgu.Stone dah pernah jogging masa mula-mula masuk Seroja.Tapi gua tak ingat kenapa tah dia stop.Busy ngan awek gamaknya.So,dia macam nak start balik la ni.
Gua ngan Stone memulakan larian betul-betul depan bus stand tempat budak-budak kolej tunggu bas.Trek jogging Seroja ni kalau mengikut kata Stone ada la dalam 1 kilometer lebih.Gua kesah apa.Gua lari je,bukan kesah pun jarak-jarak ni semua.Kitorang start ngan larian perlahan.Kasi feel dulu beb.Sambil tu borak-borak la sket.Gua ngan Stone bukannya ada iPod ke,mp4,mp3,discman,walkman semua nak dengar.Ingat kitorang awek-awek ke jogging sambil dengar lagu.
Baru lari sket gua dah rasa pancit.Stone gua tengok macam maintain je.Gua rasa sebelum sampai corner MMZ tu kitorang jumpa satu pasangan tua tengah berjalan.Amik angin petang agaknya.Muka pakcik tu macam takde perasaan,jalan melulu je bawak tongkat.Muka makcik tu pulak masam macam cuka.Gua pandang Stone.Tak sempat cakap apa lagi Stone dah kutuk kaw-kaw punya.Start hari tu pasangan pakcik ngan makcik tu la yang gua ngan Stone jumpa tiap-tiap hari masa jogging dan ekspresi muka diorang tak pernah berubah.
Sebagai permulaan jogging,gua ngan Stone nak try buat dua round hari tu.Sampai je dekat simpang perumahan orang kaya-kaya sebelah Seroja tu ada sorang makcik ni jogging jugak.Macam gua cakap tadi,kalau dah awek jogging mesti dengar lagu punya.Gua syak makcik ni dari perumahan tu.Takdelah makcik sangat,dalam 30 lebih kot umur dia.Gua ngan Stone follow dari belakang.Masa tu jarak kitorang ngan makcik tu dekat je.Makcik tu baru start kot.Gua tak bajet la dia terus sprint.Skali gua tengok selamba je dia sprint.
Gua pandang Stone."Kejarlah Stone,makcik-makcik je kot,"gua bagi Stone spirit sket."Gua takde hal,"Stone balas berlagak.Stone memang berlagak pun.Kitorang pun sprint jugak nak try kejar makcik tu.Gua dari first round lagi memang dah pancit.Stone gua tengok boleh pergi lagi.Tapi makin kitorang kejar,makcik tu makin laju.Gua cuba maintain kan larian gua.Tapi gua rasa gua makin slow.Stone dah depan dari gua.Makcik tu lagi la depan.Last-last gua ngan Stone give up.Makcik tu kitorang biarkan terlepas.
Panas je dalam hati gua ngan Stone.Yelah,makcik-makcik pun tak boleh nak makan.Start dari hari tu gua berazam nak jogging tiap-tiap hari supaya dapat bersaing ngan makcik tu nanti.Gua ngan Stone meneruskan rutin jogging kitorang tiap-tiap hari tanpa ada rasa menyesal.Kalau ada hal besar macam tengok wayang ke,kuar ngan awek ke baru la tak jogging.Sepanjang gua ngan Stone dalam scene jogging ni,lama-lama kitorang dah boleh bersaing ngan makcik tu.Takdelah kena tinggal.Kadang-kadang gua ngan Stone lak yang tinggal dia.Tapi tu belum gua cerita pasal pakcik legend lagi.Ni legend jogging bai.Bukan legend makan kat Masjid Bukit Jelutong masa bulan puasa.Hakhak.
p/s:Skang ni gua dah start jogging balik.Tapi gua jogging sorang-sorang jela skang.Stone dah masuk scene gym pulak.Gua cabar lu Stone jogging ngan gua skang.Kita tengok siapa lagi power.Maun?

pergh nos kaw2.. gua dh lupa smua tu. hak2.. pakcik muka takda expresi, makcik pecut ngn pakcik legend basah satu badan. ok jom, gua jogging nnti. xda hal la.. gua kn berlagak. mwahahahaha.
ReplyDeleteweh tom..aku tau jgk pakcik legend tu..hebat gile dia..aku jumpa dia msti imagine mesti macho ni muda2 dulu..hahaha
ReplyDeletehakhak...
ReplyDeleteganas gila imaginasi dee,,,
stone lu memang blagak...
dah besar2 pun blagak lagi...
hakhak