Masa ni gua ngan ahli-ahli Seroja yang lain baru je berkenalan antara satu sama lain.Kira tak rapat macam sekarang la.Kalau bergurau pun sket-sket je,tak sampai tahap bergurau kasar lagi.Aktiviti pun tak banyak yang kitorang buat.Bosan gila time ni.Rumah takde internet,motor pun takde lagi nak bergerak ke mana-mana.Malam-malam kalau tak tengok tv,mesti main terup.Kalau tak main terup,mesti turun bawah lepak kat court basket usya awek lalu-lalang.Tak pun pergi CC sebelah kedai uncle stalk Friendster awek-awek.Apa hal pulak nak stalk Friendster lelaki.Gua pun takde Friendster lagi masa ni.So,time budak-budak tengah stalk Friendster awek-awek,gua tumpang la sekaki.
Disebabkan kebosanan tahap melampau ni,pada suatu hari seingat gua dalam bulan lapan camtu gua,Atok,Stone,Mami ngan Barb amik keputusan nak pergi tengok first match Pesta Bola Merdeka Malaysia lawan Indon kat Stadium Shah Alam.Tiket kitorang beli masa habis kelas tengahari tu.Balik Seroja dulu tukar baju apa semua.Baik punya planning,kitorang semua gerak pukul 6.30 petang tu naik bas last skali pergi kolej yang dipandu oleh Slash.Atok yang bagi nickname tu pada dia.Gua pun tak tau kenapa Atok panggil dia Slash.Gua belasah jela panggil dia Slash.
Kitorang turun depan Giant,lepak-lepak jap dalam Giant sambil tunggu waktu Maghrib.Usai sembahyang,kitorang pun bergerak ke stadium.Masa ni dah ramai dah mat-mat Indon kat perkarangan stadium.Orang kita pun boleh tahan jugak ramai.Kitorang masuk stadium cari port baik punya.Bagi sedap sket nak tengok game.Masa ni gua rasa dah start dah provokasi baik dari penyokong Malaysia mahupun penyokong Indon.Ayat-ayat seperti "pukimak Indon","Indon babi" pantas menyelinap masuk ke gegendang telinga Stone yang masih suci pada waktu ni.Atok gua syak dah biasa dah ngan ayat-ayat camtu.Penyokong Indon pun sama naik dia punya provokasi.
Game pun bermula.Seingat gua time ni coach Malaysia ialah Abdul Rahman Ibrahim ataupun lebih dikenali dengan nama jolokan "Rahman Dagu" kerana dagu beliau yang panjang meruncing ke depan.Player pulak gua tak ingat sangat.Malaysia main macam biasa.Bajet cun tapi takdela cun mana.Gua tak tengok game sangat pun.Lebih kepada memerhati keadaan dalam stadium.Usya-usya awek orang,bini orang,mak orang.Budak-budak lain gua tak pasti buat apa.Game boleh tahan bosan.Apa yang lu orang expect kan.Malaysia lawan Indon je pun.Penyokong semakin gila dengan provokasi.Silap-silap boleh bawak gaduh ni pikir gua dalam hati.
Maki sana,maki sini,maki referee,baling botol air,baling plastik air berleluasa masa ni.Kadang-kadang mercun berbunyi.Tiba-tiba je "Golllll!!!".Malaysia score.Gua tak ingat pulak siapa score.Penyokong Malaysia menggila.Mat-mat Indon senyap kejap.Masa ni provokasi di tahap tertinggi gua rasa.Kerusi dah tercabut melayang seperti layang-layang terputus tali.Nasib baik tak kena kepala gua.Tak lama lepas tu half time.Gua suruh Atok pergi beli jajan ngan air.Malas gua nak kuar ngan orang bersesak-sesak macam ni.Atok akur menurut perintah gua.
Atok balik ke seat ngan muka happy semacam.Gua syak ada mende tak kena ni.Atok bawak dua botol besar air ngan jajan.Budak-budak dapat air gelojoh macam babi.Habis terus sebotol masa tu.Tinggal lagi sebotol.Second half pun bermula.Ah malas gua nak cerita pasal game,bukan best pun.Provokasi berjalan lancar,baling-membaling botol macam haram antara kedua-dua penyokong.Tak lama lepas tu Indon dapat gol penyamaan.Masa tengah riuh ni la Atok pecah rahsia kat gua."Sebenarnya air yang sebotol lagi ni gua tak bayar,hakhak,"babi punya Atok boleh pulak dia gelak.Gua dah cakap perangai Atok masa ni suka makan minum tak bayar.
Gua cakap kat Atok kalau tak bayar gua taknak minum.Budak-budak lain pun dah tau yang air tu tak bayar.Semua pakat taknak minum.Ngan Atok skali tak minum.Malu agaknya ngan perangai dia sendiri.Tak tau la gua kalau dia curi-curi minum sket kan.Tak lama lepas tu ada kecoh-kecoh kat tengah padang.Bergaduh ke apa gua dah tak ingat dah.Masa ni banyak la gua tengok botol-botol ngan plastik air melayang.Tiba-tiba gua nampak satu botol air Coke yang penuh lagi terbang melayang jatuh betul-betul dekat trek tapi tak sampai la dalam padang.Berat kot air penuh lagi.Gua ngan budak-budak pandang Atok.Atok tersengih muka macam celaka.
p/s:Balik tu kitorang semua balik jalan kaki setengah jalan sampai TTDI Jaya.Penat macam sial.Semua saving macam babi taknak kuar duit naik teksi sambil cabar-mencabar.Siapa yang bagi cadangan naik teksi kena gelak.Kononnya goyang.Last-last berhimpit naik teksi ngan driver teksi ngan bini dia.Hakhak
gua paling benci mat rempit yang duduk depan kite kite time tu. bajet sound indon cam berani. pas tu kene sound balik ngan mat indon, trus senyap jadi budak baik.gampang
ReplyDeletecb atok. tibai air. hahaha. yg jmpa pakcik barb tu bila ek? hak hak
ReplyDeleteada sorang brader gemuk rambut panjang duduk kat tempat tinggi panggil Indon naik atas one on one ngan dia.Macho gila..
ReplyDeleteBila pulak jumpa pakcik Barb??
Jumpa pakcik Barb masa tgk bola kat MMZ ada la.
pakcik Barb payung sate.Hakhak